Jenama kasut mesra alam VIVAIA sekali lagi mencuri perhatian dengan dua rekaan paling viral musim ini – Sneakerina Satin dan Margot Mary-Jane – yang kini menjadi pilihan gaya rasmi untuk para selebriti It-Girl seperti Bella Hadid, Charli XCX dan Jennie Ruby Jane.
Kalau anda kaki fesyen dan sentiasa update dengan trend, nama VIVAIA mungkin sudah pun melekat dalam radar gaya hidup anda. Dengan sentuhan moden, selesa dan lestari, VIVAIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kasut global yang bukan sahaja berstail tinggi, malah mesra alam. Kali ini, dua rekaan mereka menjadi tumpuan hangat – Satin Sneakerina yang tampil anggun dan praktikal, serta Margot Mary-Jane yang kini dilabel sebagai kasut must-have untuk tahun ini.
Sneakerina Satin Jadi Pilihan Bella Hadid & Charli XCX
Rekaan Sneakerina dalam koleksi kali ini sememangnya berbeza daripada kasut biasa yang kita kenali. Ia diperbuat daripada bahan kitar semula, dilengkapi dengan tapak tiga lapis, dan menampilkan rekaan satin yang boleh dicuci dengan mesin – ya, satin pun boleh dibasuh! Sesuai sangat dengan gaya moden yang mahu serba cepat, praktikal dan tetap nampak classy.
Terdapat dua variasi utama:
- Cristina Sneakerina – Kasut ini jadi rebutan ramai apabila dipakai oleh Bella Hadid, Amelia Gray, dan Shuhua daripada kumpulan (G)I-DLE. Ia hadir dengan tali kasut yang boleh ditukar-tukar, sesuai dengan personaliti yang suka bergaya fleksibel. Menariknya, model ini habis dijual dalam seminggu, dan telah diperbaharui stok sebanyak lima kali, dengan jualan melebihi 10,000 pasang!
- Yanka Sneakerina – Gaya ballet flat yang ringan dan berangin, sesuai untuk musim panas. Selebriti Charli XCXdilihat menyarung kasut ini sebanyak dua kali. Tak hairanlah jika ramai menyifatkannya sebagai kasut wajib milik untuk It Girls tahun ini.
Harga untuk kedua-dua Sneakerina ini ialah RM 649 sepasang.
Margot Mary-Jane Disarung Jennie Selepas Coachella
Tak cukup dengan itu, bintang global Jennie Ruby Jane, yang baru sahaja meletup dengan album solo, tampil mengenakan Margot Mary-Jane berwarna Ruby Red dalam satu hantaran Instagram selepas penampilannya di Coachella. Sekali lagi, Jennie membuktikan dirinya bukan sekadar ikon muzik, tapi juga ikon fesyen yang tahu memilih gaya timeless.
Margot Mary-Jane menjadi pilihan ramai kerana:
- Rekaan hujung kotak yang ikonik
- Tali boleh laras untuk keselesaan optimum
- Kesesuaian untuk pelbagai saiz kaki dan aktiviti harian
Dilancarkan pada penghujung tahun 2023, kasut ini terus mencatat kejayaan luar biasa pada 2024 dengan lebih 150,000 pasang terjual di seluruh dunia. Dari Alexa Chung, Ashley Liao sehinggalah Joo Young Lee, ramai selebriti antarabangsa yang tak ragu-ragu memilih kasut ini untuk tampil bergaya.
Musim panas ini, versi mesh bernafas juga akan dilancarkan – lebih ringan, lebih sejuk dan lebih sesuai untuk cuaca tropika seperti Malaysia.
Harga untuk kedua-dua versi Margot Mary-Jane (Ruby Red & Mesh) ialah RM 569.
Butik VIVAIA Kini Dibuka Di The Exchange TRX Kuala Lumpur
Untuk peminat yang mahu rasai sendiri keistimewaan VIVAIA, anda kini boleh mengunjungi butik mereka yang terletak di lokasi eksklusif:
Alamat:
Lot L1.101.0 & 102.0, Tingkat 1, The Exchange TRX,
Persiaran TRX, Imbi, 55188 Kuala Lumpur
Instagram: @VIVAIA_OFFICIAL
Tentang VIVAIA
VIVAIA merupakan jenama kasut antarabangsa yang mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 2020. Ia berpegang kepada falsafah untuk mencipta kasut yang bergaya dan selesa, tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar. Dengan operasi di lebih 61 negara, VIVAIA komited menghasilkan kasut dengan bahan kitar semula dan proses pembuatan lestari bersama pembekal global.
Apa Kata Budiey?
Sebagai pemerhati dunia fesyen yang juga sangat menghargai usaha lestari, Budiey rasa VIVAIA bukan sekadar jenama yang tumpang populariti selebriti. Ia hadir dengan inovasi teknologi tekstil dan rekaan pintar yang memberikan practical luxury untuk pengguna moden. Tak hairanlah bila kasut ini jadi rebutan – ia bukan sahaja cantik, tapi mesra alam dan tahan lama. Kalau anda jenis yang suka bergaya tapi tetap prihatin dengan kelestarian, ini masanya untuk tukar langkah anda ke arah yang lebih hijau dan berstail dengan VIVAIA.