in , ,

Isu Video Panas, Pengurus Hun Haqeem Kenalpasti Penyebar, Tindakan Bakal Diambil

Berikutan kontroversi melibatkan Hun Haqeem yang dikaitkan dengan individu dalam sebuah video lucah, pihak pengurusan pelakon itu bertegas akan mengambil tindakan terhadap penyebar.

Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) David Teo, selaku pihak pengurusan Hun Haqeem memberitahu, penyebar video lucah juga sudah dikenal pasti. Menurut David, pihaknya memandang serius perkara ini dan memberi amaran kepada  individu terlibat memadam video tersebut atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

MUKA DEPAN IG-16

“Hari ini saya terpanggil untuk membuat penjelasan mengenai Hun Haqeem, artis di bawah pengurusan Metrowealth.

“Banyak artikel, video dan foto telah disebarkan di platform media sosial seperti Twitter, Youtube dan lain-lain. Dengan ini saya telah berunding dengan pihak peguam kami, bahawa kita telah mengenal pasti penyebar video dan berita palsu.

“Saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang  sewajarnya kepada semua yang terlibat, semua bukti juga sudah direcord.

“Saya harap sesiapa yang telah menyebar video, foto dan artikel, sila turunkan atau padam sebelum tindakan undang-undang diambil,”

– Youtube rasmi MIG

Dalam pada itu David sempat berpesan supaya menggunakan kebijaksaan yang dianugerahkan dan tidak menyebar fitnah.

“Hari ini sangat cerah,

Duduk di rumah tiada arah,

Kebijaksanaan adalah anugerah,

Jangan sekali-kali menyebar fitnah!”

Pengurus Hun Haqeem Kenalpasti Penyebar, Tindakan Bakal Diambil

Terdahulu, tersebar video berdurasi 42 saat seorang lelaki mirip Hun yang popular dengan watak Jakfer dalam drama bersiri Kampung People itu dalam keadaan tidak senonoh.

Sebelum penyebaran video tersebut, turut tular beberapa keping gambar tangkap layar yang didakwa mirip pelakon berkenaan.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat Hun menjadi mangsa teknik ‘deepfake’ iaitu mencari visual lain bagi menggantikan wajah yang dipaparkan dalam video.

*Sumber: Gempak

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

RTM Sediakan Tiga Program Terbaharu Yang Menarik Untuk Ditonton Semasa PKP

Dituduh Terkait Aktiviti Pelacuran, Chacha Maembong Buat Laporan Polis