in , ,

Isu Stacy Cemburu Dengan Model Vietnam, Akim Ahmad Anggap Sudah Selesai

“Dia minta maaf pun secara terbuka. Tapi saya tak kisah pun. Saya pun takdelah berkeras nak dia mintak maaf pada saya. Pada saya mungkin dia tidak faham situasi dalaman yang berlaku sewaktu pembikinan muzik video tersebut.

“Tapi pada saya itu hanyalah miss communication,” kata penyanyi dan penulis lagu, Akim Ahmad yang sebelum ini menjadi perbualan selepas band yang dianggotainya, Akim & The Majistret terpalit dengan satu kontroversi bersama model berketurunan Jerman-Vietnam yang dikenali sebagai Jade Yanh. 

Segalanya bermula selapas wanita terbabit meluahkan rasa kecewa apabila lakonannya dalam muzik video (MV) ‘Rampas’ telah dikeluarkan. Akim bagaimanapun mendedahkan, dia telah menganggap isu tersebut selesai meskipun tiada permohonan maaf secara peribadi dibuat oleh Jade. 

Jelas Akim, pada ketika itu dia tidak berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan namun dia berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai situasi sebenar. Katanya lagi, isu ini menjadi bertambah hangat apabila nama isterinya, penyanyi Stacy Anam turut terpalit sama. 

AKIM AHMAD

“Pada masa sama, info yang dia berikan tu salah dan tak tepat. Pada saya ini bukan isu siapa salah atau betul, cuma pihak produksi kene lebih berhati-hati untuk menyampaikan info agar tidak menimbulkan fitnah atau kemarahan. 

“Dia mencabar harga diri isteri saya. Ini bukan soal isteri saya jealous atau tidak. Tapi kalau dia jealous sekali pun itu hak dia. Tapi ini bukan soal isu jealous cuma situasi lagu dan muzik video tu jauh bercanggah,” katanya lagi. 

Sementara itu, bapa kepada dua orang anak ini turut berpendapat sebagai seorang yang profesional, kita hendaklah memahami dan mengetahui bidang kuasa sewaktu bekerja. 

“Isu ini sebenarnya tak patut dibangkitkan. Mungkin wanita tersebut tak tahu perkara sebenar. Mungkin itu yang buat dia frust. Tapi pada saya, sebagai seorang yang profesional kita kena tahu posisi kita. 

“Pada saya ilmu itu penting. Kita kena tahu skop kerja kita. Dalam apa juga bidang yang kita lalui, kita kena tahu kita punya kuasa. Saya ada hak untuk keluarkan scene. 

“Apa saya punya keputusan, perkara tu tak sepatutnya diberi tahu kepada pihak lain. Kalau nak ikutkan banyak lagi pelakon Hollywood yang scene dia dikeluarkan,” akhiri penyanyi lagu ‘Bengang’ ini. 

*Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selamat Hari Jadi Ke-142, Doodle Hari Ini Meraikan Hari Jadi Dr. Wu Lien-teh

Penjelasan Isa Isarb & Mohon Maaf, Ini Cerita Sebenar Geng Futsal Bergaduh, Laporan Ditarik Balik?