in ,

Isu ‘Skandal’ Mona & Shahir, Usah Babit Nama Syamel

ATMOSFERA dunia hiburan tanah air nampaknya semakin panas apabila satu persatu nama pelajar program realiti Akademi Fantasia (AF) mula dikaitkan dengan kontroversi ‘skandal’.

Ini membabitkan kisah hubungan penyanyi AF Megastar, Shahir dan seorang pramugari, Mona Syamimi sehingga tular di media sosial.

Sebelum ini, penyanyi, Ewal membuat kenyataan mendedahkan modus operandi wanita yang dikaitkan dengan Shahir itu.

Isu ‘Skandal’ Mona & Shahir

Dalam kenyataan tersebut, anak jati kelahiran Perak itu mendakwa Mona pernah cuba mendekatinya dan beberapa lagi pelajar AF lain dengan menggunakan ayat manis bagi mendapatkan perhatian.

Terbaharu, penyanyi, Syamel pula muncul dalam perbualan pendedahan oleh Mona menerusi sebuah temu bual bersama Harian Metro, beberapa hari lepas.

Syamel atau nama sebenarnya, Syamel Aqmal Mohd Fodzly berkata dia mengakui sememangnya mengenali wanita itu.

PicsArt_10-20-12.49.45-850x550

Tambahnya lagi, mereka memang pernah keluar bersama namun bukan secara berdua sebaliknya beramai-ramai.

Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa nama penyanyi ini ada dalam perbualan antara Shahir dan Mona.

“Ya, saya kenal Mimi dan kami pernah lepak. Bukannya berdua tetapi dengan kawan lain. Apa yang saya tahu, Mimi memang ramai kenalan.

“Cuma saya tak faham kenapa nama saya ada dalam perbualan mereka. Kalau boleh saya tak nak masuk campur dan jangan babitkan saya,” katanya dipetik Harian Metro.

Semalam, Mona telah mendedahkan pesanan Whatsapp berbaur romantik antaranya perkataan ‘rindu’ yang dihantar oleh Shahir kepadanya.

Selain itu, wanita tersebut turut mendedahkan beberapa mesej lain mengenai pengakuan Shahir yang konon tidak selesa apabila Mona berborak tentang lelaki lain di hadapannya dan pada ketika inilah nama Syamel turut dipetik.

“Pertama kali kita keluar, saya rasa seperti kawan sahaja. Awak bercerita pasal Syamel saya okay. Tapi tak tahu kenapa semalam saya rasa tak selesa sikit bila awak sebut pasal lelaki lain,” tulis Shahir menerusi pesanan Whatsapp berkenaan.

Sementara itu, Mona meluahkan rasa kesal apabila Shahir mengeluarkan kenyataan mengatakan dia hanyalah seorang peminat dan penyokong sahaja.

Walhal, wanita ini mengakui mereka kerap kali keluar bersama untuk dinner dan juga menonton wayang.

Susulan itu, pramugari Firefly mahu Syahir meminta maaf atas kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu.

Hmmm… Isu bertambah hangat nampaknya. Lepas sorang, sorang lagi berkait. Apa agaknya pengakhiran episode cerita ini ya?

Apa-apapun good luck diucapkan kepada semua peserta yang bakal berentap di pentas akhir AF Megastar pada Ahad ni! All the best!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Gesa Move On Tutup Buku Syahir & Mona Shamimi

Datuk Seri Vida Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai