in ,

Gara-Gara Komen Isu Perkauman, Samantha Katie James Dikecam Netizen

Sebab mulut badan binasa… Akibat sikap tidak sensitif dan mulut celupar memuat naik komen berkenaan protes yang dilakukan oleh masyarakat kulit hitam di Amerika Syarikat, Bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James teruk dikecam netizen.

Bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James mencuri tumpuan netizen selepas dirinya didakwa mencetuskan kontroversi melalui kenyataan berkaitan bantahan kempen Black Lives Matter di Amerika Syarikat. Samantha telah dikecam teruk oleh netizen gara-gara kenyataannya bersikap perkauman setelah beranggapan masyarakat berkulit hitam sepatutnya menganggap perkara ini sebagai cabaran dan meminta mereka bertanggungjawab terhadap rusuhan kaum yang kini melanda di Amerika Syarikat. 

Menurut Samantha, dia mendakwa bahawa perbuatan melawan adalah perkara yang tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah. Meskipun dirinya tidak menetap di Amerika, isu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan dirinya. Namun, bagi dirinya orang kulit putih telah menang. 

“Saya tak tinggal di AS dan ia tiada kena mengena dengan saya. Tetapi bagi saya, ia kelihatan seperti orang putih sudah menang.

“Jika anda marah, anda bertindak balas dalam kemarahan dan penuh penderitaan, ia bermaksud anda telah dikuasai perasaan itu. Mereka sudah menguasai anda,” 

– Samantha Katie James
Gara-Gara Komen Isu Perkauman, Samantha Katie James Dikecam Netizen

Tidak cukup dengan itu, Samantha juga menasihati agar masyarakat kulit hitam supaya tenang dan menganggap apa yang berlaku sebagai cabaran yang menguatkan diri.

“Anda memilih untuk lahir sebagai ‘coloured person’ (kulit berwarna) atas sebab tertentu. Untuk belajar sesuatu.

“Terimalah seadanya. Sehingga sekarang kelaparan dan kemiskinan masih wujud. Ia adalah seadanya. Ia tidak dapat dielakkan.

“Lebih baik anda bertenang, lindungi hati anda, jangan biarkan ia rapuh,” 

– Samantha Katie James

Tambahnya lagi, jika seseorang tengah marah dan mereka secara tidak langsung akan memberi reaksi dalam keadaan ganas dan jiwa terseksa. Itu juga bermaksud ia berkuasa ke atas semua dan memiliki kuasa ke atas semua.

Gara-Gara Komen Isu Perkauman, Samantha Katie James Dikecam Netizen

Namun, Samantha yang juga pelakon itu terus mengundang rasa kurang senang netizen apabila dia meminta orang berkulit gelap di Amerika Syarikat agar menerima situasi yang berlaku sebagai cabaran.

Menerusi Facebook Kerry Chin, wanita ini menganggap tindakan Miss Universe tersebut menunjukkan dirinya kurang pemahaman tentang dunia. Ianya juga dianggap seperti katak di bawah tempurung. Tambahnya lagi, Samantha tidak berada di situasi yang dihadapi oleh orang berkulit gelap setiap hari.

Samantha juga turut berkongsi kisah penghinaan yang pernah menimpa dirinya ketika zaman persekolahannya kerana berkulit putih meskipun berdarah campuran Cina dan Brazil serta dibesarkan oleh keluarga India.

Susulan daripada itu, netizen menganggap kenyataan tersebut sesuatu yang memalukan negara dan berharap gelaran Samantha ditarik balik.

Organisasi Miss Universe Malaysia Kecewa

Kenyataan Samantha itu akhirnya mengundang pelbagai kecaman daripada netizen sehingga membuatkan Persatuan Ratu Universe Malaysia (MUMO) mengeluarkan kenyataan. Menerusi Instagram Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO), mereka turut kecewa mengenai posting yang dimuat naik Samantha. 

Gara-Gara Komen Isu Perkauman, Samantha Katie James Dikecam Netizen

Menurut MUMO, mereka sama sekali tidak bersetuju dengan Samantha dan mengambil maklum kenyataan bekas Miss Universe Malaysia itu sebagai tidak wajar, menghina, dan menjengkelkan.

“Kenyataan yang disampaikan Samantha dalam akaun Instagramnya adalah pandangan peribadi, dan tidak mewakili persatuan kami.

“Samantha tidak mempunyai kontrak dengan MUMO dan tidak lagi mewakili persatuan ini sejak Jun 2018,” 

– MUMO

MUMO turut perhatikan bahawa terdapat catatan yang tidak sesuai, menyinggung perasaan, tidak dapat diterima dan menyakitkan hati masyarakat. Tambah mereka, Samantha sudah tidak lagi bersama organisasi tersebut sejak Jun 2018 lagi.

Henry Golding Bidas Kenyataan, Kecewa dengan Samantha

Susulan daripada itu,kenyataan tersebut turut ‘menarik minat’ pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Henry Golding yang rasa kecewa dan membidas kenyataan Samantha dan menganggap sikapnya agak keterlaluan.

Sebagai anak tempatan, Henry kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Samantha kerana kenyataannya itu boleh mencetuskan salah faham orang ramai. Malah dia juga bertegas tidak akan berdiam diri dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Samantha kerana majoriti daripada netizen tidak akan pernah memahami situasi yang dilalui mereka di Amerika Syarikat.

Caprice Turut Menempelak

Penyanyi rap dan ushawan terkemuka tempatan, Caprice turut tampil menempelak kenyataan yang dibuat oleh Samantha menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya. Menurut Caprice, tindakan itu merupakan perkara paling teruk pernah didengarnya daripada rakyat Malaysia.

Tambah Caprice, kewujudan manusia di muka bumi ini bukanlah pilihan sesiapa. Hal ini kerana, tiada seseorang pun yang boleh memilih untuk menjadi puth atau hitam apabila dilahirkan.

 “Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi Melayu, Cina, India atau Iban sekali pun. Tiada siapa yang boleh pilih untuk jadi putih atau hitam.”

Menurut Caprice, pemegang takhta Miss Universe Malaysia bukanlah datang daripada golongan tidak berpelajaran, namun kenyataan yang dikeluarkan Samantha memperlihatkan dirinya bersifat berlainan.

“Tapi macam mana boleh berfikiran terlalu kecil. Cantik tak semestinya cerdik, ye betul tapi cantik atau tak kita kena sentiasa mengejar ilmu.”

Instagram Tarik Balik Verified

Kesan dari itu, pengiktirafan ‘verified’ daripada pihak Instagram pada akaun Samantha juga telah ditarik balik serta mereka. Difahamkan ketika ini, netizen menuntut agar lebih banyak penaja mahupun jenama yang pernah bekerjasama dengan Samantha untuk memboikotnya serta mewujudkan petisyen tarik gelaran Miss Universe. Selepas dikecam, Samantha telah meminta maaf melalui Instagramnya.

Amerika Syarikat Dilanda Isu Perkauman

AS kini bukan sahaja terpaksa berdepan dengan wabak pendemik COVID-19, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan bantahan dan tunjuk perasaan yang sudah merebak di seluruh negara Uncle Sam itu.

Isu perkauman terhadap golongan berkulit gelap ini dan tunjuk perasaan tersebut berpunca perasaan tidak puas hati terhadap polis kulit putih yang menggunakan kekerasan melampuan ketika menahan seorang lelaki kulit hitam bernama George Floyd dengan menekan leher mangsa dengan lutut hampir sembilan minit, lalu menyebabkan dia sukar bernafas dan seterusnya meninggal dunia.

Kejadian itu telah dirakam dan tular hingga membangkitkan kemarahan rakyat AS dan ada mengaitkannya dengan sentimen ketidaksamaan kaum. 

Floyd difahamkan ditangkap apabila beliau didakwa menggunakan wang palsu ketika membeli barang di sebuah pasar raya.

Disebabkan kejadian itu, rusuhan besar-besaran turut terjadi di beberapa bandar di Amerika Syarikat, sekali gus menyebabkan Gabenor Tim Walz terpaksa mengisytiharkan darurat di Minnesota susulan kejadian itu yang bertukar menjadi semakin ganas.

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tahniah! Drama BUKAN GADIS BIASA Raih 27 Juta Tontonan

Mingguan Esports MGO Program Khas E-sukan Terbaru di TV9