in , ,

Isu Menumbuk Nurul Shuhada, Hafidz Roshdi Didakwa Pada Pagi Ini

Pelakon Hafidz Roshdi akan didakwa di mahkamah pada Isnin ini susulan tindakannya dipercayai menumbuk isterinya, Nurul Shuhada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

HAFIDZ ROSHDI

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 29 tahun akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, pelakon itu ditahan polis bagi membantu siasatan kes itu. Hafidz ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari yang sama.

Terdahulu, Shuhada membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk oleh suaminya beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KEKASIH by The Melvins

KEKASIH by The Melvins, Cipta Hiburan Dalam Dunia Kosmetik

Mata Belum Pulih, Fasha Sandha Tetap Hadir TADS 2023