in , ,

Isu Keluar Islam & Murtad, Sajat Terima Ugutan Bunuh dari Netizen

Nampaknya isu usahawan kosmetik Sajat atau Muhammad Sajjad masih belum reda lagi, apabila tular mengenai videonya didakwa seolah mahu keluar dari agama Islam.

Susulan kontroversi mahu keluar agama Islam itu, ramai netizen meninggalkan komen berbaur ugutan untuk membunuhnya.

Bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan Sajat apabila tidak bersetuju dengan tindakan segelintir netizen yang suka menjatuhkan hukum sesuka hati.

Sajat

“Gila betul orang bangga komen nak bunuh Sajat. Tidak siuman kalau anda rela untuk membunuh seseorang kerana agama.

“Pergi baca balik kitab, sebab tiada langsung hukuman bunuh disebabkan apostasi (keingkaran terhadap agama),” tulis seorang netizen.

Terdahulu, kecoh mengenai satu video memaparkan usahawa kosmetik itu seolah memberi gambaran mahu keluar daripada agama Islam. Sajat mendakwa apa yang berlaku terhadapnya membuatkan dia berfikir untuk berniat menukar agama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ismail Sabri Menteri Pertahanan | 23

“Doakan Kita Boleh Balik Kampung Raya Tahun Ini,” – Boleh Rentas Negeri Sekiranya…

Ali Puteh | 24

Kes Saman Nor Hidayah Bermula, Ali Puteh Sedia Pertahan Maruah Keluarga