in , , ,

Isu Kamal Melamar Uqasha, PU Rahmat Minta Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan

Anugerah Meletop Era (AME) yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) nampaknya mendapat tumpuan dari lebih ramai peminat pada tahun ini. Bukan sahaja pakaian selebriti tanah air yang menjadi tumpuan peminat, namun nampaknya ada highlight lain yang berjaya mencuri spotlight anugerah tersebut iaitu momen lamaran Kamal Adli untuk Uqasha Senrose.

Diganding bersama sebagai penyampai anugerah, Kamal Adli yang kini dikaitkan dengan pelakon Uqasha Senrose dikatakan mengambil langkah berani mati dengan melamar kekasihnya itu dihadapan peminat serta artis ketika anugerah tersebut ditayangkan secara langsung.

Menjadi pasangan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tindakan Kamal Adli melutut untuk melamar Uqasha pada mulanya dianggap sebagai promosi kepada drama lakonan bersama mereka.

Namun ternyata, Kamal yang sering dilihat mudah bergurau itu kali ini dikatakan serius untuk memikat hati kekasihnya.

‘Harap Trend Melamar Secara Terang-Terangan Dihentikan’ – PU Rahmat

Saat dilamar kekasih sebagai pasangan hidup merupakan salah satu momen yang paling indah buat sesetengah orang. Lamaran yang dibuat sebagai tanda berani dan ikhlas lelaki untuk menghalalkan hubungan yang terjalin.

Walau bagaimanapun, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan menerangkan secara ringkas mengapa agama Islam tidak menggalakkan lamaran secara terangan-terangan dilakukan.

Dari Sudut Islam

Saya sentiasa mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga ke syurga. Amin. Hanya sedikit nasihat saya yan memahami sedikit hukum islam. Kenapa Islam tidak menganjurkan melamar wanita secara terang-terangan di restoren mahu pun atas pentas?

1) Agar tiada tekanan kepada wanita, Islam tidak mahu wanita berada dalam serba salah atau tekanan apabila menerima lamaran lelaki. Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan TIDAK kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan. Islam sangat menjaga hak wanita maka wanita sangat digalakkan untuk bertenang apabila membuat apa-apa keputusan khususnya keputusan yang melibatkan masa depannya.

2) Menjaga air muka lelaki, lelaki yang melamar secara terang-terangan berpotensi ditolak secara terang-terangan juga. Jadilah seorang lelaki yang menjaga air muka sendiri dan keluarga.

Jangan diikut trend barat

3) Pernikahan bukan hanya mencantumkan dua jiwa tetapi mencantumkan dua keluarga. Kaedah merisik akan menemukan dua keluarga dan dua keluarga akan saling menilai ” nilai dan jiwa” dua keluarga. Ya saya tahu ada yang tak peduli hal keluarga dengan alasan “aku yang nak kawin” tapi yakinlah ada keberkatan dalam perbincangan dan restu ibu dan ayah. Jangan diikut trend barat yang penuh dengan kelompongan dalam menilai sesuatu. Barat bukan semuanya tahu.

Tumpang Gembira

Saya gembira atas kejayaan lamaran Kamal Adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita. Romantiklah dengan syariat, InsyaAllah berkat. Saya akhiri dengan kalam. Saya hanya menyampaikan tidak meng3cam. Saya menerangkan bukan menyerang.

Akhukum Fillah

Saudara mu dalam Islam

Rahmat Ikhsan

Sumber: Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dituduh Murtad, Ini Kronologi Sebenar Perkahwinan Illi Najwa Bersama Manpreet Singh

Pengguna JOOX Malaysia Strim Lagu Bersamaan Tonton Filem Superhero Sebanyak 1.2 Juta Kali