in ,

SEDIHSEDIH

Isu Hina & Perlekeh Orang Melayu, JAKEL Risau Diboikot

Isu Kontroversi Yang Melanda Jakel Yang Ketika Ini Sedang Heboh Diperkatakan Oleh Netizen Dan Tular Di Media Sosial.

Raya dan Jakel tak dapat dipisahkan. Sebut sahaja raya, teringat Jakel. Itu gambaran betapa popularnya gedung Jakel ini yang akan menjadi tumpuan orang ramai terutama di kalangan orang Melayu menjelang hari raya. Namun, tahun ini nampaknya satu kontroversi telah melanda. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi semasa yang menimpa JAKEL, apabila wujud gelombang memboikot jenama itu di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ia susulan tularnya paparan Instagram Story adik kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel iaitu Muzaffar Jakel yang seolah-olah menghina orang Melayu dan seolah-olah memperlekehkan orang Melayu apabila ramai yang mempertikaikan dan tidak senang dengan pembukaan gedung itu pada tanggal 4 Mei ekoran wabak penularan COVlD-19 ini masih lagi belum reda dan belum pulih sepenuhnya.

Lalu, Muzaffar Jakel dilihat memuat naik status di Instagram story miliknya ekoran orang ramai mula mempertikaikan tindakannya untuk menjalankan perniagaan 4 Mei ini.

BULETIN VIRAL

“Kesian aku dengan orang Melayu. SOP (prosedur operasi standard) bahasa Melayu pun tak pandai baca, ‘ tulisnya.

– Muzaffar di IG Story
Isu Hina & Perlekeh Orang Melayu, JAKEL Risau Diboikot

Setelah dikecam teruk oleh netizen, Muzaffar Jakel telah membuat permohonan maaf di Instagram. Namun, itu tidak berjaya mengubat hati netizen yang terluka, malah keadaan menjadi semakin teruk. Tidak cukup dengan itu, keadaan dipanaskan lagi dengan komen seorang individu yang bernama Nor Lizah yang menyokong kenyataan Muzaffar.

BULETIN VIRAL

“Betul pun apa yang dia cakap tu, Melayu ni memang b0d0h bangang dalam segala hal! Nampak duit mata kabur, baca tak pandai, semua nak minta PM, padahal benda senang nak faham, tak sangka pula Melayu2 ni bod0h bang4ng sangat 🤣🤣🤣, keturunan asli j4dah 😆😆😆, esok pergi beratur kat Jakel menjiilat balik…Sembang tak serupa bikin Melayu kat Malaysia ni…😆😆😆” komen Nor Lizah.

Berikutan itu, slogan boikot Jakel telah mula dimainkan oleh netizen gara-gara tidak berpuas hati dengan sikap biadap mereka berdua. Status tersebut telah menimbulkan perbualan hangat di media sosial sehingga Muzaffar Jakel teruk dikecam netizan.

Ekoran keterlanjuran kata-kata sebelum itu, Muzaffar Jakel memohon maaf diatas postingnya itu yang membuatkan ramai orang salah faham dengan tulisan dan kata-kata SOP JAKEL tersebut.

Muzaffar Jakel turut menjelaskan SOP yang bakal dibuat oleh gedung mereka apabila perniagaan mula dibuka semula pada 4 Mei ini. 

Tidak cukup dengan itu, dia sekali lagi memohon maaf di laman Facebooknya kerana memperlihatkan netizen masih lagi tidak berpuas hati dengannya.

”Salam semua maafkan saya saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dlm IGS posting.

”Apa yg saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak saya sepatutnya digunakan.

Dia jugak kesal mengunakan ayat yang tidak sepatutnya digunakan olehnya.

“Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dgn syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel.

“Kenyataan yg dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.

“Sempena di bulan yg penuh barakah ini, saya dgn rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dlm mengeluarkan kata kata yg menyinggung perasaan ramai pelanggan2 Jakel dan nitizen . Maaf zahir batin,”

– Muzaffar

Muzaffar Jakel turut menjelaskan SOP yang bakal dilakukan apabila gedung mereka dibuka kembali.

Walaupun begitu, netizen dilihat tetap tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh Muzaffar. Jakel sebelum ini dikatakan mendapat kontrak puluhan atau mungkin ratusan juta bagi membekal pakaian uniform di Mindef.

Dia turut menjelaskan bahawa dia hanyalah bekerja di Jakel yang dimiliki oleh abangnya itu.

Segala kata-kata yang keluar daripadanya ialah kenyataan peribadinya dan tidak berkaitan dengan syarikat Jakel.

Nampaknya, isu memperlekehkan nama MELAYU masih belum reda walaupun Muzaffar Jakel sudah pun memohon maaf secara terbuka… dan kini netizen masih lagi tidak puas hati.

Bertalu talu posting di media sosial dari pihak netizen meminta semua memboikot produk dari Jakel. Tidak cukup dengan itu satu persatu aib syarikat gedung pakaian terkemuka disiarkan.

Beberapa individu tampil menceritakan kisah pahit ketika mereka masih bekerja dengan syarikat Jakel.

Pada hari ini, 3 Mei, abang kepada Muzaffar, Datuk Mohamed Faroz telah mengeluarkan kenyataan maaf dan terkilan dengan kenyataan adik beliau. 

Permohonan maaf tersebut adalah bagi pihak adiknya Muzaffar Jakel di atas posting sebelum ini sehingga menyinggung ramai MELAYU. Datuk Mohamed Faroz menyatakan bahawa beliau telah pun memarahi adiknya sendiri walaupun kenyataan adiknya telah disalah ertikan.

“Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat satu kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita.

“Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga marah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya,” ujarnya.

– Mohamed Faroz

Mohamed Faroz membuat permohonan maaf itu menerusi satu posting video yang dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Jakel pada Ahad malam.

Dalam video sama, dia turut menjelaskan identiti seorang wanita dikenali sebagai Nor Lizah yang turut membuat posting menghina orang Melayu dan mempertahankan jenama itu.

BULETIN VIRAL

“Contohnya posting Nor Lizah yang mana beliau mengutuk, menghina, memaki hamun orang Melayu kita dan beliau tiada kena mengena dengan keluarga Jakel mahupun dengan rangakaian Jakel.

“Jadi saya sebagai pengarah kumpulan mewakili seluruh kakitangan dan keluarga Jakel ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi orang Melayu kita yang tersinggung dan terkecil hati dengan statement yang telah dilakukan adik saya.

“Memang tidak ada niat untuk menghina dan merendahkan orang Melayu kita. Jakel berjaya naik dan berjaya menjadi sebuah gedung yang terkenal adalah dengan sokongan seratus peratus orang Melayu kita juga.

“Jadi masakan saya menghina orang Melayu dan tidak tergamak dan tidak terfikir oleh akal fikiran manusia untuk menghina pelanggan kami yang mana pelanggan memberi kami rezeki dengan izin Allah,” ujarnya.

– Mohamed Faroz

Mohamed Faroz dalam video sama berharap masyarakat di luar sana agar terus menyokong jenama tersebut dan mengakui berasa sedikit emosi dalam hal berkenaan. Malah, dia mendedahkan cukup kecewa dan sedih atas apa yang berlaku itu.

BULETIN VIRAL

Laporan Polis dibuat terhadap akaun FB Nor Lizah

SusuIan tndakan Nor Lizah itu, satu kempen melakukan laporan polis besar-besaran dilakukan. Sementara itu Nur Lizah telah mengadu bahawa Facebooknya telah dihack oleh scammer. 

BULETIN VIRAL

Tidak terhenti di situ, selepas berlaku insiden kutukan terhadap orang Melayu oleh adik bongsu Jakel, kini aset kekayaan Jakel pula didedahkan oleh netizen.

Kekayaan Jakel yang bernilai hampir 1 billion itu didedahkan oleh satu halaman facebook ‘Scrut’ melalui semakan financial Jakel Trading.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran berguna kepada pengusaha dan usahawan di luar sana agar tidak memperlekehkan pelanggan yang sentiasa memberi sokongan dengan membeli barangan ada… hargailah mereka dan kita harapkan isu ini dapat menjadikan lebih matang.

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Terima Biasiswa NASA, Azhar Ali Akhirnya Beri Penjelasan Kena SCAM!

Sejarah Berulang, Da’i Farhan Ceraikan Isteri Kedua Ketika Mengandung