in

Isu Ebit Lew, Ustaz Amin Tampil Bagi Satu Nasihat Buat Ramai Setuju

Susulan daripada pelbagai pendedahan yang dibuat oleh netizen dan juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengenai Ustaz E.bit Lew, Ustaz Amin akhirnya tampil memberi teguran.

ebit

Berikut nukilan dan nasihat Ustaz Amin di IG beliau:

“Hai la sahabat, apa khabar mu..

“Jika apa yang diperkata betul, semoga Allah memperbaiki diri mu dan memperbaiki akhlak semua orang yang mengatamu.

“Jika ia pemboh0ngan semoga Allah merahmatimu dan menggantikan perkara yang lebih baik buatmu.

“Jika nanti kau di syurga dan aku tiada carilah aku untuk ke sana, dan jika aku di tempat yang baik dan kau tiada aku berjanji akan mencarimu, jika kita berdua tiada di sana, semoga guru-guru kita dan orang-orang yang soleh yang kita kenal mencari kita. Amin ya Rabb..

“Untuk semua, bagi yang sedang mencari bukti, jangan sampai keterlaluan menyebarkan pada yang tidak berkenaan.

“Bagi yang diluar, doakan dan jangan beriya-iya.

“Biarkan Yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

“Kerana kita risau jika terlalu melampau dan beria-ria dalam menyebarkan keaiban, akan menyebabkan satu hari nanti Allah tidak menjaga dan memelihara keaib.an kita pula.

“Yang penting semua sekali memperbaiki diri kerana sesungguhnya Allah tidak melihat di mana kita bermula tetapi Allah melihat di mana penghujung kita.

“Jika penghujung itu baik maka penghujung itulah yang akan dinilai oleh Allah.

“Tenang-tenang saja lah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali Harap Menang Trofi Penyanyi Wanita Popular

JOOX Lancar Fitur Terbaharu Artist Room & Superstar Fans Pick