in

Isu Dadah Dalam Telemovie Di Garisan Takdir

ISU DADAH DALAM TELEMOVIE DI GARISAN TAKDIR SABTU INI DI TV1

Bermacam cara digunakan oleh seseorang itu bagi mengaut keuntungan dan kesenangan hidup dengan cara mudah hingga adakalanya sanggup mengetepikan akibat daripada perbuatannya itu bakal memusnahkan masa depan orang lain. Didorong oleh darah muda yang berani, ada golongan muda yang sanggup menjadi pengedar dadah semata-mata mahu menjalani kehidupan serba mewah dan disenangi semua.

Begitu kisah yang melatari drama mengisi slot Panggung 1 bertajuk Di Garisan Takdir pada 13 Mac 2010 (Sabtu), 3.05 petang di TV1 yang membariskan pelakon Fezrul Khan, Emelda Rosmilla, Rafiena Ezanee, Fauziah Nawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Kenji Sawahi dan Ezani Nizariff.

Drama ini berlegar sekitar kisah kehidupan Farish sengsara apabila ayahnya, Haron menjadi penagih dadah. Dia sering mengamuk apabila pulang ke rumah dan memukul ibunya. Farish yang masih kecil ketika itu hanya mampu melihat. Bila usia Farish menginjak 5 tahun, Haron ditangkap polis kerana kesalahan dadah dan sejak itu jugalah Farish membuang lelaki itu terus dari hidupnya.

Begitu pun kebahagian yang dikecapi hanya sementara apabila ibunya meninggal dunia sewaktu Farish berusia 8 tahun dan adiknya Syikin, 3 tahun. Neneknya yang sudah tua mengambil alih menjaga mereka. Sejak itu tekad Farish semakin kuat, bila dewasa dia akan memberi kemewahan untuk Syikin dan neneknya.

Farish kini bertugas sebagai agen insuran. Namun kehidupannya berbeza kerana mampu memandu sebuah kereta mewah dan keluarganya tinggal di rumah banglo besar. Suraya tahu dari mana Farish mendapat kemewahan. Di waktu malam Farish memulakan kerja sambilannya sebagai seorang pengedar dadah untuk mengecap kemewahan dan membahagiakan keluarganya.

Shikin dan neneknya tidak tahu tentang rahsia gelap Farish. Tapi, Suraya merelakan tugas Farish kerana dia adalah seorang wanita yang mementingkan kemewahan. Walaupun Farish mengedar dadah, tidak pernah sekalipun menagih dadah.

Satu hari, Kamal yang kini seoorang Inspektor Polis telah di beri tugasan untuk memerhati gerak geri Farish dan menagkapnya. Kamal serba salah kerana tugasan yang diletakkan dibahunya amat berat kerana terpaksa menangkap sahabatnya sendiri. Namun demi tugas Kamal telah berjaya menangkap Farish sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang. Farish di sabit bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Syikin berjumpa Shazlene yang kini seorang peguam. Shazlene bersedia membantu namun tidak menjanjikan kemenangan. Suraya pula meminta cerai kerana malu. Dengan takdir tuhan Farish ditempatkan dalam satu sel bersama Haron. Namun Farish masih belum dapat luputkan perasaan benci terhadap Haron. Dia tidak dapat memaafkan ayahnya.

Saksikan drama penuh air mata ini menerusi Di Garisan Takdir disiarkan pada 13 Mac 2010 (Sabtu), 3.05 petang di TV1.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. ini adalah satu cerita yg amat menyedihkan buat sya hingga membuat sya menangis.. tahniah buat direktor cerita ini sebab jarang sekali sya menangis menonton drama2 melayu kite..

    reality masyarakat skrg.. kita taktau apa yg kita lakukan mungkin terjadi pada keluarga kita sendiri… tahniah sekali lagi!!!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

A Journey Called Life

The Heaven Sword And Dragon Sabre