in , ,

Isu Ciplak Rekaan, Vivy Yusof Nak Saman Usahawan Kecil

Kesian! Isu Ciplak, Vivy Yusof Nak Saman Usahawan Kecil Yang Tak Mampu Bayar Saman Bila Tengok Jumlah. Netizen Tanya, Siapa Ciplak Siapa?

Nama Vivy Yusof kembali hangat di dunia media sosial di mana kali ia berkaitan dengan isu menciplak rekaan pula. Vivy Yusof yang terkenal dengan perniagaan jenama dUCk Scarves dikatakan meniru hasil seni milik Syaza Yunos dengan menjadikan rekaan tersebut milik tudung dUCk Scarves.

Isu Ciplak Rekaan, Vivy Yusof Nak Saman Usahawan Kecil. Netizen Persoal, Siapa Ciplak Rekaan Siapa Sekarang Ini?

Ini bukan pertama kali isu pemilik dUCk Scarves terpalit dengan dakwaan menciplak hasil rekaan orang lain, seperti kes jenama tempatan lain ‘Soonaru’ hasil rekaan Nia, teman wanita Qi Razali, sudahlah rekaan diambil sama begitu juga dengan konsep dan kempen juga serupa seperti yang dilakukan jenama ‘Soonaru’.

Kini isu ciplak rekaan kembali lagi dengan dikaitkan pelukis seni illustrasi Syaza Yunos, di mana hasil karyanya diambil oleh dUCk Scarves dan Fashion Valet, perkara tersebut bukan pertama kali berlaku.

Vivy Yusof

Lebih mengharukan apabila Syaza pernah menghubungi sendiri Vivy Yusof mengenai isu tersebut pada 3 tahun lalu, tetapi sayangnya tiada sebarang maklum balas diterima. Setelah tiada makluman balas mengenai isu tersebut diterima Syaza menyepi seketika dan muncul semula dengan maklumat baru yang menyatakan Vivy Yusof akan menyaman dan meminta Syaza untuk membuat permohonan maaf. Namun Syaza menolak permintaan tersebut.

Vivy Yusof

Siapa Ciplak Siapa?

Menerusi perkongsian Syaza Yunos di akaun Twitternya, Syaza berkongsi rekaan-rekaan yang didakwa diciplak oleh dUCk Scarves dan Fashion Valet milik Vivy Yusof. Banyak koleksi-koleksi hasil karya usahawan kecil ini diguna pakai oleh dUCk Scarves dan Fashion Valet.

Berdasarkan perkongsian oleh Syaza Yunos, peguam Vivy Yusof menghantar email kepada Syaza Yunos untuk menyaman dirinya kerana menfitnah dan menuntut untuk membayar sejumlah wang keatas kerugian yang dialami oleh Vivy Yusof.

Vivy Yusof

Namun menurut perkongsian Syaza, dirinya menolak surat tersebut kerana jumlah yang diminta adalah tidak masuk akal dan tambahan lagi, dirinya hanya usahawan kecil yang cuba menegakkan isu meniru rekaan atau hasil tangan orang lain adalah perbuatan yang tidak beretika.

Menurut satu sumber, dimaklumkan Vivy Yusof telah memfailkan tuntutan saman ke atas Syaza Yunos pada 9 April 2020 dan dalam masa yang sama Vivy juga sedang sibuk dengan produk baru yang dilancarkannya. Isu menciplak rekaan merupakan perbuatan yang tidak beretika, tapi malangnya masih ramai yang melakukan perkara pereka fesyen dan usahawan tidak beretika ini.

Tambahan pula, segelintir penghasil karya tidak mampu untuk mempatenkan atau membuat hak cipta pada rekaan masing-masing, menjadikan idea rekaan mereka diburu oleh jenama-jenama tempatan lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza | 19

Usah Berduka & Murung, Siti Nurhaliza Mahu Pendengar Gembira & Tenang Menerusi BASYIRAH

Ebit Lew 2020 | 20

Ustaz Ebit Bantu Keluarga di Pahang, Sekali Kena Tegur Pasal Adab