in

Istimewa Ultraman di Astro Ceria

Astro Ceria persembahkan
”Istimewa Ultraman”
Barisan filem Ultraman penuh aksi khusus buat adik-adik menanti sepanjang Januari

Sebagai membuka tirai 2009, Astro dengan bangganya membawakan pelbagai filem aksi fantasi mengenai ’Ultraman’ yang pastinya menghiburkan khusus untuk santapan adik-adik cilik. Filem yang menampilkan hero kesayangan ramai yang bertungkus lumus untuk menjaga keamanan dunia sejagat ini akan ditayangkan di Astro Ceria (saluran 611) pada setiap Sabtu, jam 2.00 petang istimewa sepanjang bulan Januari.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Azlin Reza Azmi berkata, ”Kami di Astro sentiasa berusaha untuk memuaskan hati  semua para pelanggan Astro dengan membekalkan program-program hebat dan mantap terus ke kaca televisyen mereka tanpa mengira faktor  usia. Ingin ditekankan di sini bahawa kami amat menghargai segala sokongan padu yang telah diberikan oleh para pelanggan selama Astro telah beroperasi.”

”Sebagai tanda terima kasih kami, Astro dengan berbesar hati membawakan pelbagai filem fantasi  mengenai hero yang menjadi  kesayangan ramai iaitu ’Ultraman’ khas untuk disajikan kepada adik-adik cilik. Pemilihan tayangan filem-filem ’Ultraman’ adalah tepat kerana ia bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mempunyai banyak mesej yang berunsurkan pengajaran yang boleh dijadikan teladan turut diselitkan. Kami berharap agar adik-adik akan terhibur dengan rancangan ini,” tambah Azlin lagi

Filem-filem Ultraman yang akan ditayangkan di Astro Ceria (saluran 611) pada setiap hari Sabtu, jam 2.00 petang adalah seperti berikut:

3209883982 F04F37A2C6 O | 4

Ultraman Cosmos: The First Contact
17 Januari 2009
Siri Ultraman Cosmos ini memaparkan kisah Musashi yang bergandingan dengan dengan Ultraman Cosmos untuk menentang musuh. Dalam siri ini juga turut menceritakan tentang Ultraman Cosmos yang telah menemui beberapa langkah baru untuk mengalahkan raksasa Scropis. Manakala Musashi pula telah menyertai Kumpulan  Laut untuk menyelamatkan Kawasan Biru daripada ancaman raksasa jahat yang mahu memusnahkan bumi bernama Sandros. Kini, semuanya terserah kepada Musashi dan Ultraman Cosmos untuk menewaskan Sandros dan menghalangnya daripada menakluk bumi. Adakah mereka berjaya mempertahankan bumi daripada jatuh dalam genggaman Sandros atau sebaliknya?

Kisah ini juga menyaksikan bagaimana Ultraman Cosmos mengembalikan semula kuasa dan tenaganya yang telah banyak hilang akibat pertarungan dengan bantuan daripada Musashi. Sebelum Cosmos meninggalkan bumi, beliau telah memberikan sebiji batu misteri bewarna biru terang kepada Musashi.

Tidak lama kemudian, seekor lagi raksasa ganas bernama Baltan yang telah bangun daripada hibernasi di bumi lalu mengamuk dan mengancam mahu memusnahkan dunia. Situasi genting ini telah memaksa Musashi untuk menghubungi Ultraman Cosmos dengan menggunakan batu biru misteri yang telah ditinggalkan kepadanya sebelum itu. Ultraman Cosmos kembali semula ke bumi untuk menghalang raksasa Baltan daripada memusnahkan bumi. Mereka telah bertarung dengan hebatnya sehingga Ultraman Cosmos mula bertukar menjadi Luna dan kemudiannya Corona. Pertarungan sengit itu berterusan sehingga akhirnya Ultraman Cosmos terpaksa menggunakan kuasa Blazing Wave untuk memusnahkan Baltan. Apakah kesudahannya? Siapakah yang tumbang dalam pertarungan hebat ini? Adakah Ultraman Cosmos Berjaya menewaskan Baltan atau sebaliknya?

3209884096 B38Bef9628 O | 5

Ultraman Cosmos Vs. Ultraman Justice
24 Januari 2009

Ketika E.Y.E.S sedang bersedia untuk menghantar raksasa-raksasa yang ada ke planet lain yang jauh dari bumi agar tidak lagi mengancam manusia terdapat sekumpulan robot makhluk asing yang muncul secara tiba-tiba untuk menghalang mereka. Lalu Ultraman Cosmos telah muncul dan cuba untuk menghentikan serangan tersebut buat sementara waktu. Pada saat yang genting itu, Ultraman Justice tiba-tiba dating untuk membantu penceroboh makhluk asing tersebut. Dalam pertarungan hebat itu, Justice telah Berjaya menewaskan Cosmos. Manakala robot makhluk asing yang lain pula telah memusnahkan kapal angkasa yang digunakan untuk menghantar raksasa-raksasa ke planet lain yang jauh. Situasi ini jelas membuktikan bahawa robot makhluk asing yang jahat ini tidak mahu spesies bumi meninggalkan tempat asal mereka.

Dengan ketiadaan Cosmos untuk menghalang kejahatan, penceroboh-penceroboh ini mula menyerang bandar-bandar utama di bumi dengan hebatnya. Setiap serangan yang dilakukan telah disaksikan oleh seorang wanita misteri yang berpakaian serba hitam. Wanita misteri itu tidak pernah menunjukkan sebarang emosi dan tidak berminat untuk berintaksi atau mempunyai sebarang perhubungan dengan mangsa-mangsa kejadian. Tanpa kehadiran Cosmos untuk membela keamanan, bumi kini berada dalam keadaan bahaya.

Rupa-rupanya identiti sebenar wanita misteri ialah Justice sendiri yang telah dikawal dan dihantar oleh penceroboh jahat untuk memantau rancangan mereka untuk melakukan kacau bilau serta memusnahkan bumi. Justice kemudiannya telah muncul sewaktu semua pemimpin tertinggi E.Y.E.S sedang bermesyuarat untuk menyampaikan pesanan daripada penceroboh. Mereka telah diberitahu bahawa pada masa akan datang bumi akan menjadi ancaman kepada keamanan seluruh galaksi. Oleh hal yang sedemikian, makhluk-makhluk asing tersebut terpaksa menghapuskan kesemua hidupan yang ada di muka bumi kemudian meletakkan spesies baru yang lebih diterima oleh planet lain. Pemusnahan bumi secara menyeluruh akan berlaku dalam masa 35 jam dan tidak akan ada sebarang perundingan mengenai perkara tersebut.

Manakala Justice pula mula sedar akan kebaikan spesies manusia dan sedar yang mereka di bumi tidak berada di bawah kawalan makhluk asing. Justice cuba memberitahu perkara ini kepada Cosmos sebelum proses pemusnahan bumi peringkat akhir bermula.

Dengan gabungan kedua Ultraman ini, kesemua robot makhluk asing telah dapat dihalang. Walau bagaimanapun, makhluk asing yang jahat ini cuba untuk mencari jalan lain bagi memastikan hasrat mereka untuk memusnahkan bumi tercapai. Kesemua robot ini telah bergadung untuk membentuk robot gergasi yang hebat dan sukar untuk ditewaskan oleh gabungan Cosmos dan Justice. Mereka perlu mendapatkan kekuatan secara rohaniah yang hanya boleh diperoleh melalui Musashi. Adakah mereka berjaya mengalahkan musuh mereka dan membawa keamanan kepada dunia sejagat atau sebaliknya?

Jangan lupa dengan temujanji anda untuk menonton filem-filem Ultraman pada setiap hari Sabtu, jam 2.00 petang, hanya di Astro Ceria!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fahrin Ahmad, Intan Ladyana, Aliff Dalam Super Soccer Star Malaysia

Gambar Fenda di AJL 23