in ,

Istimewa Komedi Saiful Apek di Astro Kirana

Astro Kirana persembahkan ”Istimewa Komedi Apek”
Empat filem komedi hebat lakonan Saiful Apek ditayangkan pada setiap Ahad malam sepanjang Januari

Sebagai membuka tirai tahun 2009, Astro amat berbesar hati untuk membawakan filem-filem komedi hebat lakonan Saiful Apek terus ke kaca televisyen para pelanggan sepanjang Januari melalui slot Blockbuster Ahad Kirana yang boleh ditonton menerusi Astro Kirana (saluran 122), saluran 24 jam tanpa henti yang khusus untuk tayangan pelbagai filem hebat dari dalam dan luar negara.

Pelbagai filem komedi yang pastinya mencuit hati telah dibariskan untuk menceriakan hari hujung minggu para pelanggan seperti Anak Mami Kembali Lagi, Lady Boss, Cicakman dan Duyung. Filem-filem ini boleh ditonton setiap malam Ahad di sepanjang bulan Januari ini pada jam 9.00 malam.

Menurut Pengurus Saluran Astro Kirana, Sharlyza Sharkawi berkata, ” Kami di Astro sentiasa mengutamakan kehendak para pelanggan dalam menyediakan kandungan pengisian yang terbaik untuk santapan mereka. Demi untuk memenuhi tuntutan permintaan para peminat setia Saiful Apek, kami telah membariskan empat buah filem komedi lakonan cemerlang beliau untuk ditayangkan di Astro Kirana menerusi segmen khas Istimewa Komedi Apek.”

”Bagi memeriahkan lagi permulaan tahun 2009 yang serba ceria, kami di Astro Kirana berasa terpanggil untuk mengisi segala ruang yang ada bagi mempromosikan filem-filem lakonan Saiful Apek menerusi slot Blockbuster Ahad Kirana di sepanjang bulan Januari ini. Ini adalah tanda sokongan dan penghargaan kami kepada beliau di atas segala pencapaian dan sumbangan yang diberikan untuk merancakkan lagi perkembangan industri perfileman dan hiburan tanahair,” ujar Sharlyza lagi.

Sharlyza turut menambah, “Perkembangan pesat penerbitan filem tempatan kini tidak lagi hanya bertumpu pada tema biasa seperti cinta tetapi juga turut diluaskan kepada tema lain seperti komedi fantasi yang ternyata telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada orang ramai. Sehubungan dengan itu, Astro amat berbangga untuk menayangkan filem box office Duyung arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang berjaya mencatat kutipan tertinggi untuk tahun 2008  iaitu sebanyak RM4.6 juta menerusi tayangan di 56 pawagam seluruh Malaysia untuk tontonan sekeluarga.”

Filem-filem komedi lakonan Saiful Apek yang akan ditayangkan di Astro Kirana (saluran 122) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam adalah seperti berikut:

3166363521 F52C16Dcaa O | 4

ANAK MAMI KEMBALI
4 Januari 2009

Filem ini mengisahkan kehidupan keluarga Piee yang terdiri daripada anaknya Mak Bee (Azean Irdawaty) dan cucu-cucu nakalnya Saiful (Saiful Apek) dan Ida (Waheeda). Mak Bee merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai personaliti yang amat dominan dan amat tegas dalam membesarkan anak-anaknya. Saiful merupakan lulusan ijazah dari luar negara yang mempunyai personaliti yang disenangi tetapi kadangkala sedikit bongkak. Mak Bee kerap menegur Saiful kerana tidak senang dengan perlakuan Saiful. Saiful mempunyai kekasih iaitu Fasha (Fasha Sandha) tetapi tidak memberitahu ibunya tentang hubungannya kerana sikap ibunya yang terlalu mengongkong anak-anaknya. Ida juga mengalami masalah yang sama dengan abangnya apabila dia mula berhubungan dengan Farid (Farid Kamil). Keadaan semakin  buruk apabila Mak Bee dapat menghidu perhubungan antara Ida dan Farid. Apa yang akan terjadi pada Ida? Adakah Saiful akan terselamat daripada kemarahan ibunya? Jangan lupa untuk menyaksikan filem komedi ini.

3166366437 956Bf8006D | 5

LADY BOSS
11 Januari 2009

Sheila, anak kepada Datuk Yusry, seorang usahawan kaya, merupakan seorang yang egoistik dan amat mementingkan karier perniagaannya tanpa mempedulikan orang lain. Sheila mengendalikan syarikat bapanya dengan efisyen tetapi tidak mempedulikan sikap baik hati dan selalu berpendapat bahawa dirinya betul. Dia mempunyai cita-cita besar dan langsung tidak mengambil kisah tentang pendapat orang lain. Namun, keadaan mula berubah dengan kehadiran Saiful. Mampukah Saiful merubah diri Sheila? Saksikan filem ini yang turut dibintangi oleh Ning Baizura, Yusry KRU dan Erra Fazira.

CICAKMAN
18 Januari 2009

Hairi merupakan pekerja  biasa di Klon Technologies, sebuah syarikat farmaseutikal di bandar Metrofulus. Beliau seorang yang ’happy-go-lucky’ dan tinggal bersama rakan karibnya, Danny. Danny adalah seorang yang tampan dan sering menarik perhatian wanita. Hairi mahu mencuri hati Tania, seorang wanita yang amat cantik dan merupakan pembantu kepada Professor Klon, pemilik Klon Technologies. Tetapi setiap kali Hairi bersua dengan Tania, beliau tidak mampu untuk menyuarakan perasaannya. Semua ini berubah apabila Hairi dengan tidak sengaja tertelan seekor cical yang telah disuntik dengan virus baru. Hairi telah dikurniakan kuasa-kuasa seekor cicak. Tetapi seperti superhero lain, Cicakman juga mempunyai keburukan. Mampukah Cicakman mengatasi semua itu? Saksikan Cicakman yang juga turut dibintangi oleh Fasha Sandha dan Aznil Haji Nawawi.

3167196958 D4C5A0087D O | 6

DUYUNG
25 Januari 2009

Duyung merupakan sebuah filem fantasi komedi. Ia menceritakan tentang Jimmy seorang pencinta alam yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan. Dia menghabiskan masanya menjaga alam sekitar dengan membersihkan sampah. Jimmy amat mempercayai cerita ibunya bahawa jika alam sekitar terjaga maka akan menjelmalah duyung. Adakah cerita ibu Jimmy itu benar? Adakah usaha Jimmy menjaga alam sekitar sia-sia atau dapatkan Jimmy bertemu dengan duyung? Saksikan filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang dibintangi Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Senario, Awie dan Yasmin Hani.

3166367767 301656872C O | 7

Jangan lupa dengan temujanji anda untuk menonton filem-filem komedi hebat lakonan Saiful Apek melalui slot ”Istimewa Komedi Apek’ pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam, hanya di Astro Kirana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Akad Nikah Zaffrina Penyampai Suria FM

Gambar Studio Untuk Kulit Album Lentera Timur Part 2