in , ,

Adaptasi Novel ISTERI UNTUK DIIKTIRAF Temukan Elvina Mohamad & Redza Rosli

Perkahwinan bukan atas dasar cinta tapi atas kehendak keluarga memerlukan pengorbanan untuk berjaya. Menampilkan gandingan pelakon Redza Rosli dan Elvina Mohamad, saksikan drama bersiri “Isteri Untuk Diiktiraf” adaptasi novel karya Nurfaza Alisya ini disiarkan setiap hari, mulai 16 Mei ini, pukul 7.00 petang mengisi slot Widuri Khas Ramadan di TV1.

Drama ini mengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja.

Isteri Untuk Diiktiraf

Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa Tengku Wildan anak Tengku Hairie tuan punya hotel. Akibatnya Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja.

Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan. Tengku Wildan masih menjalin hubungan dengan Ana Julia.

Isterinya Raja Mona dan Tengku Wildan menentang cadangan ini tetapi bapanya tetap dengan keputusannya. Safiyya juga menentang keras apabila diberitahu datuknya mengenai cadangan Tengku Hairie. Datuk Safiyya jatuh sakit dan dalam keadaan serba salah Safiyya menurut kemahuan datuknya untuk berkahwin.

Raja Mona berjanji Tengku Wildan tetap akan menjadi milik Bella walaupun telah berkahwin. Tengku Wildan pula hanya menganggap Bella teman dari kecil dan tidak berhasrat mengahwininya. Hari pertunangan tiba tetapi Safiyya masih meragui keputusannya terutama dia masih belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya.

Dia terkejut apabila melihat bakal suaminya adalah lelaki yang pernah cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya dahulu. Kerana tidak mahu menyusahkan datuknya Safiyya meminta majlis perkahwinannya di adakan secara kecil-kecilan sahaja. Dengan sekali lafaz Safiyya menjadi isteri Tengku Wildan.

Majlis perkahwinan Safiyya dan Tengku Wildan diadakan secara besar-besaran di kediaman Tengku Hairie. Walau bagaimanapun pada sebelah malam Tengku Wildan tidak melayan Safiyya seperti seorang isteri sebaliknya mengarahkannya tidur berasingan dan memberikan bermacam-macam peraturan untuk Safiyya. Atas permintaan Tengku Hairie mereka pergi berbulan madu tetapi Tengku Wildan melayan Safiyya hanya seperti orang gaji.

Bella menemui Raja Mona dan mengatakan hasratnya yang masih mahu menjadi isteri Tengku Wildan walaupun dia tahu Tengku Wildan telah berkahwin. Raja Mona memujuk Bella supaya bekerja dengan Tengku Wildan dengan harapan dapat mendampinginya dan akhirnya dapat memiliki Tengku Wildan.

Perkahwinan tanpa rela ini mengundang pelbagai masalah dan dugaan termasuklah daripada Raja Mona dan Bella yang sentiasa mahu menyingkirkan Safiyya daripada hidup Tengku Wildan. Kegembiraan Safiyya dan Tengku Wildan hanya sementara apabila dalam perjalanan pulang dari kampung Tengku Wildan diberitahu video dia bersama Ana Julia di bilik resort menjadi viral.

Di rumah, Tengku Hairie menerima satu bungkusan berisi DVD dan kandungannya Video Tengku Wildan bersama Ana Julia. Kekecohan berlaku dalam keluarga Tengku Hairie. Safiyya sekali lagi meninggalkan rumah.

Ana Julia ke resort dan terserempak dengan Raja Mona dan Bella. Terbongkar rahsia apa yang sebenarnya berlaku antara Ana Julia dan Tengku Wildan di bilik resort dan bagaimana video diviralkan. Tengku Wafie datang menemui Safiyya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Tengku Hairie meminta Safiyya hadir pada satu majlis meraikan kakitangan baru. Kehadiran Safiyya tidak disenangi Raja Mona dan Bella.

Penghinaan dan pertengkaran antara Raja Mona dan Tengku Wildan serta akibat air di campur dengan sesuatu mengakibatkan Safiyya pengsan. Tertekan dengan kejadian yang berlaku Safiyya kembali ke kampung. Tengku Wildan yang kesal dengan perbuatannya turut mencari Safiyya di kampung. Bella akhirnya melawan kehendak keluarganya untuk berkahwin dengan Tengku Wildan dan kembali menemui kekasih lamanya Jason.

Tengku Wildan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung dan dalam masa yang sama terus menerus memohon maaf kepada Safiyya dan menceritakan apa yang berlaku kepada Atuk dan meminta maaf darinya. Isteri Dato’ Sham kekasih lama Ana Julia dan tempat dia mendapatkan sumber kewangan menemui Ana. Akibat pertengkaran yang berlaku Ana disimbah dengan asid yang mencederakannya. Tengku Wildan pulang ke bandar tanpa ditemani Safiyya. Atas nasihat Atuk akhirnya Safiyya meminta Tengku Wildan mengambilnya semula dan kembali bersama. Raja Mona menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Safiyya. Namun adakah permohonan maafnya diterima?

Drama bersiri terbitan JS Pictures ini turut dibintangi oleh Janna Nick, Shahz Jaszle, Arash Mohamad, Dayana Roza dan Sweet Qismina.

Redza Rosli, Arash Mohamad dan Shahz Jaszle ... watak dalam Isteri Untuk diiktiraf

pelakon drama bersiri ini

Isteri Untuk diiktiraf TV1

antara babak isteri untuk dikitiraf

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The 2018 Billboard Music Awards Full List Of Winners

Sekitar Pelancaran Rasmi Quill City Mall KL Yasss Raya 2018