in , ,

SEDIHSEDIH

Isteri Pelakon & Pengarah Terkenal, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar Meninggal Dunia

Dikhabarkan isteri Datuk Ahmad Tamimi, Datin Zuhaila Siregar Sulaiman telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Bukit Bangsar, Kuala Lumpur kira-kira jam 2 pagi Jumaat akibat masalah pernafasan.

Menurut beliau, kali terakhir beliau bercakap dengan isterinya pada jam 11 malam . Beliau yang kerap bangun untuk tahajjud pada jam 2 pagi, akan memeriksa keadaan isterinya dahulu, namun tidak dilakukan beliau malam semalam. 

“Selalunya setiap kali bangun solat tahajud dalam jam 2 pagi saya akan periksa dia dulu, tapi tadi tidak. Dalam jam 4 pagi baru saya periksa dan mendapati dia sudah tidak bergerak dan kaki pun sejuk.

“Kali terakhir saya bercakap dengannya sebelum tidur iaitu jam 11 malam. Saya sempat hantar video kepada ahli keluarga bagi memaklumkan keadaannya yang tidak berapa okay. Pernafasannya dan oksigen kurang bagus. Dia nampak penat sangat.

“Saya nak bawa dia ke hospital, tapi disebabkan penyakit dialami membabitkan paru-paru ditambah pula musim Covid-19, jadi saya fikir ia tidak sesuai. Tidak menjangka pula dia sudah mahu pergi,”

– Datuk Ahmad Tarmimi Siregar
Ahmad Tarmimi Siregar

Namun beliau mendapati bahawa isterinya sudah tiada setelah memeriksa pada jam 4 pagi. Sebelum isterinya pergi, Ahmad Tamimi sempat mengirim video kepada ahli keluarga yang lain mengenai keadaan isterinya yang tidak berapa baik.

Jelas Datuk Ahmad Tamimi, beliau ingin membawa isterinya ke hospital, memandangkan isterinya mempunyai sakit paru-paru dan ditambah dengan pandemik COVID-19, beliau membatalkan hasratnya.

Tambah beliau lagi, isterinya sudah 7 tahun menderita sekatan pulmonari kronik (COPD) namun keadaannya merosot sejak tiga tahun lalu, menyebabkan segala aktiviti dan pergerakannya terbatas.

Ahmad Tarmimi Siregar

“Sakit dialami sudah tujuh tahun, tapi mulai merosot sejak tiga tahun lalu yang mana dia sudah tidak boleh keluar rumah. Kalau keluar pun, kena bawa oksigen bersama. Itu pun sesekali saja.

“Sejak dua minggu lalu dia sudah tidak berapa ingat, malah minggu ini pernafasannya tidak menentu. Jadi, saya bercakap pada diri, saya reda jika Allah mahu mengambilnya. Ambillah dia.

“Macam semalam pun saya pujuk dia makan dan minum, tapi tak nak. Dia sempat cakap nak peluk anak bongsu yang baru pulang dari kerja,” 

– Datuk Ahmad Tarmimi Siregar

Menurut Ahmad Tarmimi, jenazah isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zuhur, hari ini.

“Ambulan dan pegawai perubatan sudah datang buat pemeriksaan tadi. Jenazah tidak dibawa ke hospital. Semua anak pun sudah ada di rumah. Insya-Allah, saya cuba segerakan urusan pengebumian jenazah,”

– Datuk Ahmad Tarmimi Siregar

Zulhaila juga penerbit bersama filem Belukar lakonan Bront Palarae, Daphene Iking dan ramai lagi.

Zulhaila juga pernah membintangi filem Sepi pada 2008.

What do you think?

87 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Celcom To Offer iPhone SE: A Powerful New Smartphone In A Popular Design 

Maxis Hulur Bantuan Untuk Kekalkan Tradisi Ramadan