in , ,

Mawar Akui Jumpa Peguam, Minta Henti Spekulasi Hubungan Dengan Fizo Omar

AHLI perniagaan yang juga isteri pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim, 30, mengakui mendapatkan khidmat nasihat peguam mengenai isu rumah tangga dialami.

Selain Mawar Abdul Karim meminta supaya semua pihak menghentikan segala spekulasi tentang hubungan antara dia dan suami iaitu pelakon Fizo Omar, dia juga tidak berkongsi lanjut tarikh, masa dan lokasi dia berbuat demikian.

Mawar ketika dihubungi, sekali lagi memohon maaf kerana belum bersedia memberikan komen mengenai apa yang terjadi.

Katanya, apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka kini adalah rahsia antara dirinya dengan Fizo.

Fizo Mawar

“Sebelum ini memang saya ada rujuk pada pejabat agama, peguam dan pakar motivasi perkahwinan untuk mendapatkan nasihat mengenai Isu rumah tangga kami,”

“Semua orang impikan kebahagiaan dalam rumah tangga. Cuma, apa pun yang berlaku biarlah antara suami isteri saja yang tahu,”

– Mawar

Ditanya mengenai luahan hati suaminya di Facebook, kelmarin, yang seolah-olah menggambarkan keretakan rumah tangga dibina sejak enam tahun lalu, Mawar tetap mengunci mulut.

“Saya takut komen disalah tafsir. Saya minta maaf sangat, buat sementara tak boleh komen,”

– Mawar

Namun, Mawar menerusi laman Instagram memuat naik status menganggap setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

“Setiap apa jua yang berlaku pasti ada hikmah. Sudah tentu saya perlu muhasabah diri, dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab. Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan saja. Diri kita belum cukup sempurna.

“Bagi saya sebaiknya masalah dihadapi oleh pasangan biarlah hanya suami isteri dan jika tidak seeloknya hanya membabitkan kedua orang tua kita saja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain.

“Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yang berlaku sebelum atau ke depan tiada tanggapan negatif terhadap pasangan kita. Apabila kurangnya komunikasi, benda kecil pun akan menjadi besar,”

– Mawar

Mawar juga berharap orang ramai tidak cepat membuat penilaian dan spekulasi sendiri.

“Hanya saya dan Fizo saja tahu dan rasa apa yang kami lalui sekarang ini. Diharapkan semua pihak jangan buat apa-apa spekulasi mengenai rumah tangga kami.

“Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah, didik sebaik mungkin dan hargai setiap kurniaan kita depan mata selagi ada.

“Mungkin ujian berat untuk saya dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan, jodoh, ajal dan maut semua di tangan Allah. Semoga Allah memberi kami jalan terbaik. Terima kasih yang mendoakan terbaik buat saya, Fizo dan anak kami,”

– Mawar

Terdahulu, Fizo memuat naik status di Facebook antara lain berkata, menerima apa saja keputusan mahkamah dan memaafkan semua pihak.

Menerusi status sama, Fizo mengharapkan doa semua supaya mereka dapat penyelesaian terbaik dalam isu rumah tangga.

Malah, Fizo juga memberi gambaran hubungannya dengan Mawar akan terus baik demi membesarkan anak mereka, Wan Maryam.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, yang kini berusia dua tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wangian Terbaru Dari David Beckham Khas Untuk Kaum Lelaki

Sekitar Acara Pelancaran Pet World Malaysia 2019