in , ,

Isteri Dedah Virgoun Kerap Langgan P*lacur, Curang Sejak 2 Tahun Lalu

Isteri kepada penyanyi popular dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla mendedahkan bahawa suaminya itu telah berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun yang lalu.

Isteri Virgoun, Inara memberitahu bahawa Virgoun pernah berzina dengan beberapa wanita bagi mendapatkan khidmat seks.

Inara juga mendedahkan perbuatan curang itu menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya kelmarin.

Antaranya, perbualan Virgoun dan juga perbelanjaan ketika keluar bersama wanita lain di belakangnya.

Isteri Dedah Penyanyi Popular Kerap Langgan P*lacur, Curang Sejak 2 Tahun Lalu
Isteri Dedah Penyanyi Popular Kerap Langgan P*lacur, Curang Sejak 2 Tahun Lalu

Malah, Virgoun pernah menulis surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu namun tetap melanggar sumpah yang dibuat.

Isteri Dedah Penyanyi Popular Kerap Langgan P*lacur, Curang Sejak 2 Tahun Lalu

Lebih mengejutkan, Virgoun pernah meminta untuk melakukan hubungan intim pada siang hari di bulan Ramadan selain meminta Inara untuk mengambil kurus dan membuka purdah yang dipakainya selama ini.

Saya diminta untuk melayani nafsunya di siang hari ketika bulan puasa, kemana pun dia pergi atau ketika tidak bekerja saya cuba lakukannya demi mendapatkan keredaan seorang suami.

– INARA

Sekadar info, Inara dan Virgoun telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

“Kalau Lelaki Curang, Kau Pun Curanglah, Takkan Nak Berdoa?

Elak Strok Haba, Pakar Kesihatan Minta Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta