in

Isteri Caprice Pengsan, Masuk Hospital Tertekan Oleh Kecaman dari Netizen

Boleh dikatakan setiap gerak-geri penyanyi rap popular tanah air, Caprice sentiasa diperhatikan orang ramai dan kini apabila telah berumahtangga pastinya isterinya pula menjadi perhatian warganet di media sosial.

Baru sahaja sebulan mendirikan rumah tangga, isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis dimasukkan ke hospital selepas pengsan akibat tertekan dengan kecaman netizen.

Menerusi satu entri di Instagram, Cap mengakui sejak berkahwin kehidupan isterinya tiada lagi privasi dan berterusan menerima kecaman daripada orang ramai kerana tampil seksi.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, isterinya Farra Inalis Hussni atau lebih dikenali sebagai Elis kini terlantar di hospital kerana berkemungkinan mengalami tekanan.

“Saya benar-benar menyalahkan diri saya untuk semua ini. Sejak berkahwin, isteri saya hilang privasi dan sentiasa dikecam kerana seksi. Mungkin tekanan bergelar isteri saya menyebabkan dirinya jatuh sakit sehingga rebah,” tulisnya

Dalam perkongsian tersebut, Cap turut memohon kepada netizen supaya tidak menyerang isterinya sebaliknya salahkan dirinya kerana baginya dia yang gagal.

“Jangan kecam dia, kecam saya. Saya yang ‘berjihad’ , yang bina aplikasi untuk ummah, berjuang untuk Palestin dan imam bagi rumah tangga. Jika sesiapa yang gagal, itu saya. Lepaskan semuanya pada saya, bukan keluarga saya,” tulisnya.

Perkongsian Cap itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar isteri penyanyi rap itu diberi kesembuhan dan terus kuat berdepan dengan ujian.

Melihat perkongsian Caprice di Instagram, rakan selebriti dan peminat mendoakan agar isteri penyanyi rap tersebut segera sembuh dan menitip pesan agar penyanyi tersebut kekal kuat.

Sementara itu, di ruangan komen Caprice dilihat ada membalas komen seorang netizen dimana penyanyi itu mengatakan isterinya dikecam kerana dirinya. Ujarnya, banyak sahaja wanita seksi di TikTok, namun hanya kerana isterinya berkahwin dengan Tiger of Al-Quds dikecam teruk.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 15

Snap Malaysia Mengumumkan Lensa Popular Tahun 2021

Adib Zahar | 16

Penantian 9 Tahun Berbaloi, Akhirnya, Adib Zahar Muncul dengan Single AKUR