in ,

Istana Budaya Kembali Buka Panggung, Ini Senarai Persembahan Terkini

Istana Budaya (IB) menyahut baik dan pada masa sama teruja dengan pengumuman YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkaitan kelonggaran SOP Fasa 1 untuk industri kreatif yang bermula 9 September 2021.

Kelonggaran SOP tersebut melibatkan program persembahan teater, muzikal, tari dan komedi secara langsung (pra-daftar) dengan penonton yang telah lengkap dua dos vaksin serta kapasiti 30 peratus ruang premis. 

Istana Budaya amat menitikberatkan keutamaan untuk memastikan kesemua warga Istana Budaya yang terlibat seperti pengurusan produksi, kru pentas, teknikal, penyambut tetamu dan lain-lain telah mencapai kelompok berstatus vaksin lengkap bagi menjamin keselamatan semua pihak. 

Selain itu, penjawat awam IB yang masih bertugas sebagai Sukarelawan MyVAC di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan kembali bertugas di IB selepas kadar pemberian vaksin negara mencapai sasaran. 

Poster Main Semarak Merdeka Istana Budaya

Sebelum pengumuman tersebut, Istana Budaya telah merancang dan membuat persediaan untuk mementaskan tujuh (7) program muzik sama ada secara rakaman atau langsung antaranya “Konsert Rentak Kita”, “Konsert Patriotik Tanah Airku”, “Konsert NSO bersama Bintang”, “Gamelan Gema Gangsa” dan “Wayang” yang berkisar warisan tradisional wayang kulit. 

Sehubungan itu, sehingga hujung tahun ini, Istana Budaya akan mengisi ruang persembahan dengan program – program terbitan IB sendiri secara langsung yang dijangka bermula Oktober 2021 berikutan kebanyakan program yang dirancang sebelum ini terpaksa ditunda atau dibatalkan. 

Poster Semarak Merdeka Istana Budaya

Sempena program Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 bermula 16 Ogos lalu, Istana Budaya akan meneruskan program Semarak Merdeka Istana Budaya yang dijadualkan sehingga 16 September secara dalam talian. 

Pada penghujung sambutan dan bersempena Hari Malaysia 2021, tayangan khas persembahan “COM – Semarak Merdeka Istana Budaya 2021 Orkestra Tradisional Malaysia” akan disiarkan mengikut segmen bermula 8 pagi sehingga 8 malam di laman media sosial IB. 

YBrs, Puan Zaiton Md Desa, Ketua Pengarah IB berharap video-video yang dihasilkan dapat memberi maklumat dan pendedahan yang boleh dijadikan rujukan buat orang ramai serta menarik minat masyarakat untuk terus mengikuti program-program Istana Budaya secara dalam talian. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tanah Dua Beradik Bernilai RM7 Juta Bertukar Milik, Ini Penjelasan Pengarah Tanah & Galian

Lelaki Hayun Sabit Depan Balai Polis Gopeng Positif Dadah