in , ,

Isnin Hingga Ahad, Pilihan Filem Pelbagai Genre Popular di TV2

Sekadar menyebut beberapa slot di TV2 antaranya Teater Legenda, Golden Dragon, Layar Asia dan Spice of India, penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) pastinya sudah dapat membayangkan filem tempatan mahupun antarabangsa terbaik boleh dipilih menghiburkan anda sepanjang minggu.

Slot Teater Legenda menayangkan filem “Kanchan Tirana” pada 21 Disember ini, pukul 9.30 malam. Filem ini tentang watak Sang Nila dan Kanchan terlibat dalam satu pertengkaran. Kanchan dibelasah teruk oleh Sang Nila menyebabkan Kanchan nekad menguasai seni mempertahankan diri untuk membalas dendam terhadap perbuatan Sang Nila. Lakonan Tan Sri P. Ramlee, Sarimah Ahmad, Tan Sri Jins Shamsudin, Ahmad Dadida, Idris Hashim dan Tony Azman.

Kanchan Tirana

Seterusnya tayangan filem “The Professor And The Madman”, mengisi slot Popcorn pada 22 Disember ini, pukul 9.30 malam membawakan tentang Profesor James Murray memulakan kerja menyusun perkataan untuk edisi pertama Oxford English Dictionary pada pertengahan abad ke-19, dan menerima lebih 10,000 penyertaan daripada Dr. William Minor, seorang pesakit di Broadmoor Criminal Lunatic Asylum. Lakonan Mel Gibson, Sean Penn dan Eddie Marsan.

Filem “Qismat” dalam slot Bollygood pada 23 Disember ini, pukul 9.30 malam berkisah tentang Shivjit Singh Gill berpindah ke Chandigarh untuk melanjutkan pelajarannya dan jatuh cinta terhadap Bani, gadis yang berjiran dengannya. Namun, semuanya berubah selepas keluarganya mengaturkan perkahwinan antara dia dengan gadis lain. Lakonan Ammy Virk, Sargun Mehta dan Guggu Gill.

Qismat

Esoknya 24 Disember ini, pukul 9.30 malam, berhibur dengan filem Love Speaks dalam slot Golden Dragon berlatarkan cerita Wang merupakan seorang gadis yang berjaya dalam kerjaya namun tidak dalam cinta. Teman lelakinya, Shao Dong juga seorang yang bekerjaya hingga sering mengabaikannya. Oleh itu, Wang bercadang membuat kejutan terhadap Shao Dong dengan menghasilkan satu rakaman video pengembaraannya ke tempat-tempat yang pernah mereka melawati bersama. Untuk menghasilkan video tersebut, Wang telah mengupah Zhou Tong sebagai juruvideo. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Perasaan Wang terhadap Shao Dong mula pudar disaat dia mengenali Zhou Tong dengan lebih dekat. Lakonan Jaycee Chan, Amber Kuo dan Archie Kao.

Bersempena sambutan Hari Krismas, disiarkan hiburan khas bertajuk “The Christmas Love Lights” pada 25 Disember ini, pukul 9.00 malam terbitan Unit Hiburan TV tampil berkonsepkan ‘Variety Show’ dan ‘Party Games’. Ia juga diselitkan dengan demonstrasi masakan, persembahan puppet, vox-pop perayaan dan budaya sambutan perayaan Krismas di Sabah dan Sarawak. Menampilkan artis terkenal Dauglas Lim, Jasmine Suraya Chin, Francissca Peter, Colour Of Voices, Suki, Daniel Lee, Kumpulan Paladin, Allen & Coconut, Adik-Adik Genius Koir dan ramai lagi.

Mengisi slot layar Asia esoknya, 26 Disember, pukul 9.30 malam sebuah filem Indonesia, “Pengabdi Setan” yang menceritakan watak utama Rini dan keluarganya tinggal di rumah nenek mereka untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit selama 3 tahun. Selepas kematian ibunya, mereka sekeluarga telah dihantui beberapa perkara aneh dan mengerikan di rumah tersebut hingga mengakibatkan kematian beberapa orang termasuklah nenek mereka sendiri. Lakonan Tara Basro, Bront Palarae dan Ayu Laksmi.

Seterusnya pada 27 Disember ini, pukul 2.00 petang mengisi slot Layar Kita filem “Hikayat Merong Mahawangsa” lakonan Stephen Rahman Hudges, Jing Lu, Gavin Rees StenHouse, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, W. Hanafi Su dan Dato’ Rahim Razali. Kisah Merong Mahawangsa yang ditugaskan mengiringi Putera Rom menuju ke Langkasuka untuk berkahwin dengan seorang Puteri China dari Dinasti Han. Misinya gagal apabila dia dan angkatannya diserang oleh lanun yang menculik si Puteri dan dijadikan tebusan. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamat dan menyatukan Puteri China dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang bakal menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat? 

Akhir sekali tontoni slot popular Spice Of India pada hari sama, pukul 9.30 malam menyiarkan filem “Sarvam Thala Mayam” berdasarkan cerita seorang peminat fanatik filem, yang kebetulan merupakan anak kepada pembuat mridangam yang hebat, memutuskan untuk menjadi pemuzik selepas menghantar instrumen tersebut kepada Vembu Iyer, seorang pemain mridangam yang terkenal. Lakonan G.V Prakash Kumar, Aparna Balamurali, Nedumudi Venu dan Vineeth.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzikal Lawak Superstar Kini Kembali Untuk Musim Kedua

The Krishen Jit Fund 2020 Supported By Astro & Creador Foundation