in ,

Ismail Izzani Lancar Muzik Video BIDADARI 

Selepas lahir dengan lagu Luar Biasa, Sabar dan Demi Kita, penyanyi remaja Ismail Izzani terus melakar perjalanan seninya dengan melahirkan sebuah lagi lagu berjudul BIDADARI. 

Tidak sampai 24 jam single terbaru BIDADARI dilancarkan di platform penstriman, Ismail Izzani telah pun melancarkan muzik video single BIDADARI di saluran Youtube World Peace Entertainment pada malam ini.

Kali pertama menonton muzik video ini, Budiey rasa sangat tertarik dengan visual dan juga kerja kamera. Sempoi je sebenarnya tapi seronok la untuk ditonton untuk kali kedua. Memang synchronize atau selari la dengan tarian. Ada dua orang penari dalam MV ini.

Lagu BIDADARI ditujukan kepada insan yang cukup bermakna dan istimewa dalam hidup kita. Insan yang menerima kita seadanya. Walaupun kita pernah mengabaikannya, namun cinta tetap utuh bertahan.

This song is dedicated to the most special person in our life. Which we sometimes do them wrong and neglect them. But through it all, he/she will do whatever it takes to ensure we are ok and is exemplary in virtue. Love and appreciate this special person…your personal BIDADARI. Before it’s too late.

LIRIK LAGU BIDADARI ISMAIL IZZANI

Verse
Bukan nak kurang ajar
Tapi ku tak sengaja
Kau pun tahu

Darah muda tak sabar
Aku mahu semuanya
Tak hiraukan mu

Tak pernah pula aku fikirkanmu
Walaupun kau selalu fikirkanku
Asyik membuatmu derita
Nak pendekkan cerita
Ku tahu ku bersalah

Pre Chorus
Terlalu sibuk melayan hati ku

Chorus
Kau tetap ada
Walaupun diriku tak sempurna
Dan tiada mati
Kasih kau di hati
‘Tuk sepanjang hidup ku

Kau terima ku seadanya
Biarpun kau sering ku luka
Bidadariku
Bidadariku

Verse 2
Beri kan ku peluang
Silapku takkan ulang itu janjiku
I will be your number one
And light up like the sun
Yang kau harapkan

Seharusnya selalu fikirkanmu
Kerana kau selalu fikirkanku
Takkan membuatmu derita
Nak pendekkan cerita
Ku tahu ku bersalah

Pre Chorus
Kan ku jaga tiap sudut, hati mu

Repeat Chorus

Bridge
Harap kau maafkanku
Kau hidup dan matiku
Percayalah ku akan berada
Sentiasa hanya disisimu

Kau yang satu bidadariku
Repeat Chorus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama MATA KETIGA

BUKU Q101 Tawar Melancong Ke Luar Negara Bersama Hyunmin-A