in ,

ISLAND OF FIRE Papar Kisah Dalam Penjara

Saksikan kisah seorang anggota polis yang melakukan penyamaran di dalam penjara untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan dalam “Island Of Fire”, mengisi slot Golden Dragon pada 22 Mac ini, pukul 9.30 malam.

Filem arahan Kevin Chu ini dibarisi pelakon aksi hebat Hong Kong Jackie Chan, Andy Lau, Tony Leung Ka-fai dan Sammo Hung. Plot cerita dimulakan dengan mengetengahkan watak Wang Wei, seorang anggota polis yang melakukan tugas penyamaran di dalam penjara dengan harapan dapat mencari jawapan kepada satu siri kes pembunuhan.

Lakonan mantap Jackie Chan sebagai Da Chui

ISLAND OF FIRE Papar Kisah Dalam Penjara di TV2

Misi utamanya adalah untuk menentukan bagaimana cap jari yang dikesan pada seorang mangsa pembunuhan milik seorang penjenayah yang sudah dihukum bunuh tiga bulan sebelum kejadian itu berlaku. Dia turut disiksa kerana terlibat dengan hal-hal di dalam penjara.

Sementara itu, filem ini turut mengetengahkan watak lain seperti Da Chui, yang secara tidak sengaja membunuh seseorang sewaktu sedang mengumpul duit untuk menyelamatkan teman wanitanya. Iron Ball pula disumbat dalam penjara kerana membalas dendam atas kematian saudara lelakinya yang dibunuh Da Chui. Kui, ketua banduan dan juga Fatty yang sering melarikan diri untuk berjumpa dengan anak lelakinya.

Apabila Wang membunuh seorang pengawal penjara yang korup, dia dijatuhkan hukuman tembak oleh salah seorang pegawai. Pada masa itu dia mengetahui bahawa pemilik cap jari yang dicari selama ini digunakan oleh warden sebagai pembunuh upahan untuk membunuh penjenayah yang berbahaya.

Tony Leung Ka-fai sebagai Wang Wei

Apakah tindakan selanjutnya yang akan dilakukan Wang Wei? Adakah dia berjaya menyelesaikan misinya dan keluar dari penjara dengan selamat? Saksikan kesudahan kisah penuh aksi ini di saluran TV2.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Terkilan Gambar Baby CTDK Tersebar

Cabaran Ibu Bapa Segera Dalam LIFE AS WE KNOW IT