in ,

Iskandar Vokalis Projector Band Muncul Dengan Single Solo INDAH INTAN 

PROJECTOR BAND, sebuah nama yang tidak asing di industri muzik Malaysia. Menerusi band tersebut, vokalis utamanya Iskandar mencipta nama dalam bidang seni melalui vokalnya yang nyaring dan tinggi.

Iskandar kini muncul solo dengan taruhan sulungnya iaitu sebuah lagu berjudul Indah Intan. Lagu ini merupakan ciptaan hasil kolaborasi El Hadam yang merupakan vokalis Proxy Band bersama Iskandar. 

Bait-bait indah lirik lagu Indah Intan ini pula telah dihasilkan oleh El Hadam sendiri. Ia mengisahkan tentang darjat dalam percintaan di mana si lelaki dari keluarga yang kurang bernasib baik dan wanita dari keluarga kaya. 

Akibat rasa cinta yang mendalam, walaupun ditentang keluarga, si wanita mahukan si lelaki membawanya kahwin lari namun si lelaki seorang yang yang berintegriti dan menghormati nilai diri si wanita dan keluarganya. 

Harga yang tidak ternilai jika hendak dibandingkan dengan sebentuk intan berlian. Lagu ini mendidik individu supaya menghormati nilai diri seseorang dan jika bukan jodoh, maka terimalah dengan redha. 

Iskandar Projector Band Indah Intan

Sekadar info, Iskandar ketika bersama Projector Band telah mencipta kejayaan bermula dengan lagu berhantu mereka ‘SUDAH KU TAHU’ yang berjaya membawa mereka ke Pentas Anugerah Juara Lagu ke 31 dan membawa pulang tempat ke tiga. 

Kali ini Iskandar memberanikan diri tampil solo kerana yakin dengan keunikan muzik yang dibawanya bersama vokalnya yang mantap. Adalah diharapkan supaya lagu Indah Intan ini juga akan mendapat sambutan peminat. 

Lagu ini akan menemui pendengar menerusi platform digital muzik seperti Joox,Spotify, Itunes,Deezer,KKbox dan juga Apple Music pada 18 Mac 2022 di bawah label MAP Music. 

Iskandar Projector Band – INDAH INTAN (Official MV)  #indahintan #iskandarpb #projector band 

INDAH INTAN (Iskandar Projector Band) 4’09
Lagu: El Hadam, Is Dz (Media Asia Production Sdn Bhd) 

Lirik: El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd) 

Bertemu dalam kesangsian rasa 

Melakar kasih di penghujung nan jalan 

Namun tersadai di lekuk pemisah 

Hanyut dalam angan mimpi 

Indah intan dikau bak permata 

Terangi duniaku sepi
Bagaikan malam hilang 

Melengkapi hidup diri ini
Takkan mungkin ku cemari
Indah intan dipagar hati
Sumpah mati takkan ku ingkar janji 

(Korus)
Indah intan dikau bak permata 

Terangi duniaku sepi
Bagaikan malam hilang
Sing berpanjangan
Mentari pagi menyinari 

Melengkapi hidup diri ini
Takkan mungkin ku cemari
Indah intan dipagar hati
Sumpah mati takkan ku ingkar janji 

Indah,,!!!
Indah intan dikau bak permata 

Terangi duniaku sunyi 

Bagaikan malam hilang
Sing berpanjangan
Meraja dihati 

Indah,,!!!
Indah intan dikau bak permata 

Terangi duniaku sunyi 

Bagaikan malam hilang
Sing berpanjangan
Meraja dihati 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NABILA RAZALI PUTUS

Kesinambungan Lagu Putus, Nabila Razali Lancar Novel KERANA CINTA ITU ADA

HADY MIRZA

Hady Mirza Ubati Rindu Peminat Dengan Single CINTA SAMPAI DISINI’