in ,

IRMA HASMIE DALAM DRAMA TAJ MAHAL UNTUK MAMA

IRMA HASMIE BINTANGI DRAMA PENGORBANAN ANAK TERHADAP IBUNYA DALAM TAJ MAHAL UNTUK MAMA, SLOT CITRA  19 SEPTEMBER 2008 DI RTM2

Jika sebelum ini banyak drama-drama yang mengangkat plot cerita pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya, namun sempena bulan Ramadan yang mulia ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot tontonan ramai, Citra membawakan jalan cerita pengorbanan hati mulia seorang anak terhadap ibunya pula yang pastinya mampu dicontohi golongan remaja di luar sana.

2862404495 63Fd64E908 O | 4

Dengan membariskan nama pelakon terkenal seperti Irma Hasmie dan Rosnah Mat Aris, Taj Mahal Untuk Mama disiarkan pada hari Jumaat (19 September 2008), jam 10.00 malam di RTM2 turut dibintangi Zed Zaidi, Ryzal Jaafar, Fetty Dzul, Rosnah Johari dan Memey.

Taj Mahal Untuk Mama ini mengangkat paparan kisah yang berkisar tentang kasih sayang seorang anak bernama Ajreena lakonan berkesan pelakon yang sedang meniti nama, Irma Hasmie terhadap ibunya yang dibawakan wataknya oleh pelakon veteran sensasi, Rosnah Mat Aris.

Ajreena bahagia tinggal bersama ibu dan juga adik lelakinya. Setelah usianya menginjak dewasa, Ajreena meniti hidup sebagai anak yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya sebaliknya memiliki budi pekerti yang mulia sehingga sanggup berkorban apa saja demi melihat kebahagiaan ibunya yang tercinta.

Malah sebagai membuktikan keagungan kasih seorang anak terhadap ibunya, Ajreena sanggup menggadaikan keharmonian hubungan cinta dengan tunangnya sendiri.

Hingga satu ketika ujian Allah hadir mengundang dalam keluarga mereka apabila ibunya disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan memerlukan penderma segera untuk menyelamatkan nyawanya. Situasi itu cup membimbangkan Ajreena dan juga adiknya yang begitu mengharapkan ibu mereka pulih seperti sediakala.

Lalu Ajreena hadir dengan relanya berkorban mahu menyerahkan buah pinggangnya demi menyelamatkan nyawa ibunya itu.

Tetapi hajatnya untuk menderma buah pinggangnya tidak kesampaian apabila Ajreena meninggal dunia dalam kemalangan ngeri.

Untuk mengetahui kesudahan kisah pengorbanan seorang anak ini, jangan ketinggalan menyaksikan Taj Mahal Untuk Mama terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd, Jumaat (19 September 2008), jam 10.00 malam di RTM2.

[tags]irma hasmie, tudung, raya, fesyen raya artis, anwar ibrahim blog, malaysian audience, media prima annual report, movies, nokia website, peanuts, pzg, Reality Shows, samsung mobile, silverlight microsoft, sony, thailand patpong girls, toshiba, baby dolls, brunei, buy lingerie online, camisoles, chemise, dolce gabbana, donald trump miss universe[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aida Radzwill, Linda Hashim Dalam Selembut Muhasabah

KEMBARA SYAHADAH 4 PERKEMBANGAN ISLAM DI ALBANIA