in ,

Iqwal Bakal Perform di Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com

Berita baik kepada pembaca Budiey.com yang akan join parti ulangtahun nanti… antara selebriti yang akan buat persembahan ialah Iqwal.

4202258982 2573F67Bfe O | 4

Di parti Budiey.com nanti, Iqwal akan menyanyikan 2 buah lagu. Nak tahu lagu apa, korang kenalah hadir!

Kalau nak tahu, Iqwal adalah seorang penyanyi yang punya bakat luar biasa di mana beliau dapat menyanyi dalam 14 bahasa iaitu Spanish, Itali, Mexican Latin, Tagalog, Jepun, Thai, Korea, Arab, Mandarin, Kantonis, Tamil, Hindi, Melayu dan Inggeris. Mulai menyanyi seawal usianya 4 tahun dan sejak berumur 12 tahun lagi, beliau dapat mencipta lagu. Jadi, Budiey boleh katakan bakat Iqwal memang serba boleh sebab sejak berumur 12 tahun lagi, Iqwal dah pandai mencipta lagu. Selain bermain gitar, piano, drum, Iqwal juga boleh menjadi pengacara dan berlakon. Pernah berlakon dalam filem Mannan yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Jom berkenalan dengan Iqwal.

4201503729 Af42386Dd9 O | 5

Nama : Ikhwal Hafiz Ismail @ IQWAL

Tarikh Lahir : 16 April 1992  ( 17 tahun )

Album IQWAL ’09
IQWAL ’09 ~ menampilkan komposer komposer dan pemuzik pemuzik hebat tanahair iaitu, M.Nasir, Pak Ngah, Ad Samad, Siso, Hadi Hassan, Jay Jay, Razak Rahman, Zul Mahat, Audi Mok, Nafie Spider, Ujang Exist, Rithan Deja Vodoo Spells dll. Album IQWAL ’09 berkonsepkan ‘Versatile’, di mana album ini adalah refleksi kemenangan IQWAL di Hollywood, dimana beliau memenangi kesemua kategori / genre yang beliau bertanding.

Album ke 2 IQWAL, berkonsepkan 1 Malaysia dimana album tersebut memuatkan lagu Melayu, Kantonis, Mandarin, Tamil, Inggeris, Iban dan Kadazan. 

IQWAL bakal merakamkan mini album Inggeris di Los Angeles, Amerika Syarikat dan juga satu single berbahasa Spanish di Madrid, Spain pada tahun 2009.

Pencapaian Terbesar :  

  1. Memenangi 7 Anugerah Antarabangsa di Hollywood, Los Angeles, U.S, pada usianya 16 tahun.
  2. Mewakili Malaysia ke World Best New Talent pada Ogos 2008, di Kodak Theatre, Los Angeles dan memenangi Anugerah Artis Antarabangsa Terbaik.  
  3. Mewakili Malaysia ke World Championship Of Performing Arts, Hollywood, Los Angeles Julai 2008 dan memenangi 4 Pingat Emas ( Pop, Rock, Kontemporari dan Open Style, 1 Pingat Perak ( Original Work) dan 1 Anugerah Industri Hollywood.

Persembahan IQWAL Di Peringkat Antarabangsa :

  1. Kodak Theatre, Hollywood, Los Angeles, US ~ Hollywood Best New Talent Award
  2. Westin Bonaventure, Los Angeles, US – World Championship Of Performing Arts                  
  3. Sheraton Los Angeles, US ~ Malaysian Gala Nite
  4. Celebrity Centre, Los Angeles, US ~ Malaysian Gala Nite
  5. United Nation HQ, New York, US  ~ Malaysian Gala Nite
  6. New York International School, US ~ Malaysian Showcase
  7. Penyanyi Undangan untuk Konsert Avril Lavigne World Tour
  8. Penyanyi Undangan untuk MTV World Stage Live In Malaysia bersama Hoobastank, All American Rejects, Kasabian, Boys Like Girls, Pixie Lott etc.
  9. Penyanyi Undangan untuk Konsert All American Rejects di Stadium Bukit Jalil.
  10. Mewakili Malaysia ke ChildAid 2009 di Singapura (Dec 2009)              

Layari laman web Iqwal:

  1. www.iqwal.com.my                        
  2. www.myspace.com/iqwal                   
  3. Facebook~ Iqwal Hafiz
  4. www.youtube.com/aminnurrashid

4202258830 C6C4A9062A O | 6

Konsert Peringkat Kebangsaan (Nasional) dan Road Tour:

  1. Konsert Satu Malaysia bersama Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Perak, di Stadium Perak, Ipoh.
  2. Konsert Rumah Terbuka Hari Raya bersama Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Port Dickson
  3. Konsert Rumah Terbuka Hari Raya 2009 Menteri Menteri Kabinet bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, di Sri Perdana, Putrajaya
  4. Konsert Rumah Terbuka Hari Raya 2008 Menteri Menteri Kabinet bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi di Sri Perdana, Putrajaya
  5. Konsert Rumah Terbuka Deepavali 2009 Bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak di Port Dickson
  6. LIMA Langkawi 2009
  7. Konsert Pertabalan Yang Di Pertuan Negeri Sembilan, Istana Sri Menanti
  8. Konsert Remaja 1 Malaysia, Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur  
  9. Konsert Untuk Mu SUDIRMAN ~ Istana Budaya Kuala Lumpur
  10. Artis Undangan ‘Road To Hollywood’ ~ Istana Budaya Kuala Lumpur
  11. Konsert Budi ~ Istana Budaya Kuala Lumpur
  12. Konsert Permata ~ Istana Budaya Kuala Lumpur
  13. Konsert Nur ~ Istana Budaya Kuala Lumpur    
  14. Citrawarna Malaysia 2008, Putrajaya
  15. Konsert Citrarasa Malaysia ( Miri, Sarawak dan Wilayah Persekutuan)
  16. Konsert Pesta Air Malaysia (Labuan, Langkawi, Kota Kinabalu)
  17. Konsert Perayaan Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah
  18. Konsert Perayaan Krismas 2008 bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kg Portugis, Melaka
  19. Di Ambang Merdeka KLCC 2008  bersama Dato’ Seri Najib Tun Razak, Kuala Lumpur  
  20. Konsert Rumah Terbuka Malaysia 2008 bersama Perdana Menteri Malaysia, Kuantan.
  21. Malaysian Showcase, First World Hotel, Genting Highland (3 days showcase)
  22. Malaysian Showcase , The Pavillion, Genting Highland (3 days showcase)
  23. Konsert Batik Ke Pentas Dunia Bersama Permaisuri Agong, Pusat Kraftangan Malaysia
  24. Konsert Masrah Hijrah ~ Dataran Merdeka
  25. Konsert Seroja, Palace Of The Golden Horses (8 days showcase)
  26. Konsert Orkestra  ‘Songs Of Asia’ 2007
  27. Festival Gendang Malaysia 2007
  28. Konsert Gema Puisi Merdeka 2007
  29. DSA Gala Nite Bersama Dato’ Seri Najib Tun Razak, Sheraton Subang Jaya.
  30. Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) Road Tour 2008
  31. Konsert Penghargaan Seniman & Seniwati Lagenda 2008 di Saloma Bistro, KL
  32. Konsert Penghargaan Seniman & Seniwati Lagenda 2009 di Saloma Bistro, KL
  33. Resident Artiste for Zoom Malaysia (TDC) ~ Libur (Karangkraf)
  34. Resident Artiste for Anugerah Bintang Popular Road Tour 2008 (Genting Highland, JB, Pasir Gudang, Kuantan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Shah Alam)    
  35. Resident Artiste for Berita Harian & Harian Metro (since 2004)
  36. Resident Artiste for RHB Road Tour 2008 (P.Pinang, Trengganu, Ipoh, Danga Bay, JB, Melaka, Mont Kiara KL)  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Surat Terbuka Ibu Ummi Nazeera Buat Remy Ishak

Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!