in

iQOO Neo 10 Dilancarkan Dengan Kuasa Prestasi Paling Hebat

Peningkatan Teknologi Dan Rekaan, iQOO Neo 10 Tampil Lebih Padu, Tahan Lasak Dan Mesra Pengguna

Dunia telefon pintar kini digegarkan dengan kemunculan model baharu yang serba luar biasa! iQOO secara rasmi melancarkan iQOO Neo 10, peranti pintar yang bukan sahaja menonjol dari segi kuasa prestasi, malah lengkap dengan keupayaan bateri paling tahan lama dalam industri. Menyasarkan golongan gamer, pengguna tegar multimedia dan mereka yang sentiasa bergerak aktif, iQOO Neo 10 tampil sebagai simbol keseimbangan antara kuasa, gaya dan kecerdasan teknologi terkini.

Gabungan Dua Cip Pintar Bawa Prestasi Luar Biasa

Apa yang buat iQOO Neo 10 ni jadi lain macam? Jawapannya terletak pada konfigurasi cip berkembar mercu. Ia bukan sekadar gimik, tapi benar-benar memberi impak kepada prestasi. Ditenagai oleh Snapdragon® 8s Gen 4, pemproses ini menawarkan peningkatan 49% prestasi dan penjimatan tenaga 39%. Skor AnTuTu? Cukup gempak dengan angka 2,426,162.

Dan itu belum masuk lagi Cip Superkomputer Q1 yang bawa teknologi 144 FPS frame interpolation. Dengan paparan ultra-lancar dan respons sepantas kilat, gamer pasti puas hati. Untuk tontonan pula, iQOO Neo 10 menyokong resolusi ultra-jelas termasuk Netflix & YouTube. Pendek kata, visual dia memang onz gila. Peranti ini juga menyokong pengoptimuman suhu semasa gaming melalui algoritma cerdas yang boleh menyesuaikan prestasi secara real-time – pengalaman yang tiada tandingan!

Sistem Penyejukan Terbesar, Tak Panas Langsung

Masalah telefon cepat panas masa gaming? Tidak lagi. iQOO Neo 10 dilengkapi VC Cooling Chamber 7,000 mm², sistem penyejukan paling besar dalam sejarah iQOO. Ia menyejukkan kawasan kritikal termasuk kamera hadapan, dengan bantuan lapisan Pyrolytic Graphite untuk kekal sejuk walau rakam video berjam-jam. Kalau main PUBG Mobile atau Genshin Impact dalam mode grafik tertinggi pun, tetap steady – tiada lagi lag atau overheating.

Bateri 7000mAh, Cas Laju 120W, Confirm Tahan Seharian

Kuat main, tapi cepat habis bateri? Tak perlu risau. iQOO Neo 10 dibekalkan dengan bateri 7000mAh menggunakan teknologi BlueVolt Generasi Ketiga. Ia mampu bertahan dalam suhu ekstrem -20°C dan menyokong Pengecasan Pantas 120W. Yang menarik, dengan hanya 36 minit, bateri penuh semula. Plus, ada fungsi Mengecas Pintasan untuk minimumkan haba dan jaga jangka hayat bateri.

Kalau korang jenis on-the-go dan guna telefon dari pagi sampai tengah malam, inilah peranti yang korang nanti-nantikan. Dan yes – sambil mengecas pun korang boleh main tanpa takut panas meletup!

Paparan AMOLED 1.5K Eyecare, Visual Mantap & Selesa Di Mata

Kalau korang kaki binge Netflix atau TikTok, korang pasti jatuh cinta dengan skrin 1.5K AMOLED 144Hz yang menyokong PWM Dimming 4320Hz dan DC-like dimming. Mata lebih selesa, skrin tak silau walau di bawah cahaya matahari sebab paparan ni ada kecerahan maksimum 2000 nits.

Apa yang buat paparan ini lebih mantap – ia menerima pengiktirafan SGS Five-Star Sunlight Readability, jadi confirm tak sakit mata bila skrol TikTok di luar kafe hipster atau tepi pantai. Visual dia crispy, warna popping habis!

Rekaan Futuristik, Nipis Dan Ringan Tapi Tahan Lasak

Nak nampak bergaya sambil tahan lasak? iQOO Neo 10 ada semuanya. Reka bentuk futuristik dengan sentuhan sci-fidan pilihan warna emas sofistikated serta hitam astral. Berat hanya 206g dan ketebalan 8.09mm, cukup ringan tapi disahkan dengan gred ketenteraan, ada perlindungan IP65 dan kaca anti-jatuh.

Ini bukan sekadar cantik tapi berjiwa lasak – korang boleh selfie dekat air terjun atau record vlog outdoor tanpa risau pecah atau masuk air.

Kamera 50MP Sony IMX 882 Dengan OIS, Gambar Tak Goyang

Satu lagi kelebihan? Kamera. iQOO Neo 10 hadir dengan kamera utama 50MP Sony IMX 882 lengkap dengan OISdan autofokus piksel penuh. Kombinasi ni sangat sesuai untuk tangkapan malam dan potret yang tajam.

Dengan algoritma NICE yang canggih, setiap gambar korang akan kelihatan seperti hasil kamera DSLR – natural, vivid dan tajam. Content creator pasti puas hati sebab korang boleh terus edit dan upload tanpa perlu aplikasi tambahan.

Pengalaman AI & Funtouch OS 15 Yang Bijak Dan Lancar

iQOO Neo 10 menggunakan Funtouch OS 15 yang menjanjikan 60 bulan pengalaman lancar. Sistem ni memang pandai jaga kestabilan dan ada ciri anti-penuaan sistem.

Dengan bantuan AI canggih, korang boleh sunting gambar, buat slide kerja, terjemah dokumen dan cari fail hanya dengan suara atau isyarat. Semua fungsi ni buat hidup harian korang lebih produktif – sesuai untuk student, pekerja kreatif dan bisnes kecil.

Kempen Pelancaran Bersama Komuniti: Esports & TikTok Challenge

Pelancaran iQOO Neo 10 bukan sekadar jual telefon, tapi turut menggerakkan komuniti! Pertandingan Esports Kampus kini dilancarkan di seluruh universiti dan kolej Malaysia. Dalam masa yang sama, TikTok Branded Mission Challenge #PowerToWinChallengeMY dijalankan bagi menggalakkan kreativiti anak muda menerusi tarian, content gaming dan ekspresi bebas gaya Gen Z.

Ini bukan sekadar telefon – ini satu gerakan budaya digital yang meraikan semangat menang, gaya bebas dan kuasa ekspresi diri.

Harga Bermula RM1999 Dengan Hadiah Eksklusif Bernilai Sehingga RM1633

Bermula 5 Jun 2025, iQOO Neo 10 mula dijual melalui Shopee, Lazada, E-Stor vivo Malaysia dan TikTok Shop, dengan harga permulaan RM1999. Tersedia dua pilihan memori: 12+256GB dan 16+512GB. Pembeli awal bakal menikmati hadiah eksklusif termasuk iQOO Buds, produk Ugreen, lanjutan waranti & perlindungan skrinbernilai hingga RM1,633.

Promosi tambahan turut ditawarkan seperti:

  • iQOO Buds 1i hanya RM59 (asal RM129)
  • iQOO Finger Sleeves RM9 (asal RM29)
  • Pengecas Pantas 120W hanya RM120 (asal RM169)

Untuk lebih info dan pembelian, lawati kedai rasmi iQOO atau vivo di Shopee dan Lazada.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey yang dah lama dalam dunia teknologi dan review gajet, pelancaran iQOO Neo 10 ini adalah antara yang paling hype tahun ini. Bukan sekadar trend, tapi satu peranti berkuasa yang benar-benar deliver prestasi kelas atasan.

Dengan segala ciri-ciri unggul – dari prestasi gaming, paparan visual, sistem penyejukan, sehinggalah ke kamera dan AI – iQOO Neo 10 telah buktikan bahawa telefon hebat tak semestinya mahal.

Budiey sangat rekomen untuk korang yang nak naik taraf, cari peranti yang boleh multitask dengan bergaya, dan paling penting, tak kecewa bila guna. Ini dia – peranti masa depan, dalam tangan korang hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Perkenal Teknologi OLED Baharu Untuk Pengalaman Gaming Lebih Padu