in

Iqa Mentor Kini Teruskan Perjuangan Bersama Velvet

[dropcap]D[/dropcap]emi mengembalikan era kegemilangan girl band tanah air, Iqa (bekas finalis Mentor 5) muncul dengan imej terbaru untuk mengeskplorasi visi muziknya di dalam sebuah band yang diberi nama VELVET.


Kalau anda sekilas baca tajuk kat atas ni, jangan sangka pulak Iqa berkolaborasi dengan penyanyi Velvet AF4 tu ya. Entri tiada kena mengena dengan Velvet, isteri vokalis Estranged tu sebenarnya.

Menariknya, VELVET merupakan sebuah rock band terulung daripada KRU Music yang membariskan ahli wanita di dalamnya iaitu terdiri daripada Iqa (vocalist/pemain bass), dan diiringi dua nama baru industri muzik tanah iaitu Alea (pemain gitar utama) dan Shana (pemain gitar kedua), yang juga turut berpengalaman beraksi di pentas indie.

VELVET bermaksud lembut seperti baldu. Ini memberi simbolik kepada VELVET yang diterajui oleh wanita di mana unsur-unsur femenisme masih dikekalkan bersesuaian dengan konsep dan genre lagu yang di bawa walaupun memperjuangkan irama rock.


LUKA merupakan taruhan pertama VELVET yang berkonsepkan pop rock dan komersil. KRU Music yakin LUKA bakal mendapat respon yang positif dan mampu diterima oleh peminat muzik rock tanah air. Lagu ini mempunyai melodi yang catchy, mesra pendengar dan mempunyai lirik yang mudah difahami.

velvet iqa

Kata Iqa VELVET,

“Susunan muzik LUKA agak sedikit berat tetapi melodinya sangat mainstream bersesuaian dengan konsep band dan citarasa pendengar masa kini. Keseluruhannya kami dapat mengekspresikan jiwa kami di dalam lagu ini.”

”Luka“ ciptaan sepenuhnya komposer berbisa Edry Abdul Halim ini lebih mengisahkan tentang perasaan seseorang wanita apabila yang dihampiri seorang lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati. Wanita itu tidak mahu meletakkan harapan pada cinta kerana tidak mahu terluka.

Untuk maklumat lanjut dan mengenali mereka dengan lebih rapat , anda boleh melayari Facebook VELVET di: https://www.facebook.com/wearevelvet
atau KRU Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotlink Jadi Penaja Eksklusif Perayaan Thaipusam

Nadiya Nisaa Ditawarkan RM2000 Jadi Kekasih Remy Ishak Dalam XOXO