in , ,

iPhone SE Boleh Didapati Melalui Laman Rasmi Apple Bermula 11 Mei

Apple hari ini mengumumkan yang mana telefon pintar terbaru mereka, iPhone SE akan ditawarkan untuk ditempah melalui laman rasmi Apple bermula daripada 11 Mei 2020. Selain tempahan melalui laman rasmi Apple, ia juga akan ditawarkan melalui pengedar rasmi Apple dan syarikat telekomunikasi terpilih bermula minggu hadapan.

Iphone Se (2020) Bakal Dijual Dengan Harga Serendah Rm1,699

Apple iPhone SE merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple, menawarkan cip pemprosesan berkuasa Apple A13 Bionic, tetapi hadir pada harga lebih mesra poket – bermula RM1999. Ini sekaligus menjadikannya salah satu iPhone yang mampu milik, dan akan menjadi pilihan ramai pengguna Android yang ingin beralih ke ekosistem Apple.

iPhone SE hadir dengan skrin 4.7-inci Retina HD, dilengkapi pengimbas cap jari Touch ID, dijana cip Apple A13 Bionic, dan menggunakan satu kamera dibelakang. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air IP67.

Tiga variasi model ditawarkan, dimana versi 64GB dijual pada harga RM1999, versi 128GB pada harga RM2199, dan model 256GB pada harga RM2699.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ogy | 21

Komen Padu Khir Rahman Bila Ada Pihak Bantu Kak Ogy Lunaskan Hutang

Patrick Teoh | 22

Hina Tunku Mahkota Johor, Patrick Teoh Ditahan