in , ,

iPad Mini Kini Sudah Dijual di Malaysia, Harga Bermula RM2,299

Penantian berakhir. Mulai sekarang anda yang menanti nak beli iPad Mini dah boleh buat pembelian. Nak color apa, spec macamana. Jom usha!

Mulai sekarang, anda yang berada di Malaysia sudah dapat membeli iPad Mini dan iPad terkini melalui Apple Malaysia atau pun dari pengedar rasmi. Setakat ini, ada beberapa pengedar rasmi barangan Apple telah pun menjual tablet generasi baru daripada Apple ini.

Salah satunya, Machines telah pun mengesahkan yang mana kedua-dua tablet terbaru daripada Apple, iaitu iPad 4 dan juga iPad Mini boleh didapati di Malaysia namun hanya variasi WiFi sahaja yang disediakan buat masa ini.

Apple telah melancarkan iPad Mini serba baharu selepas sekian lama tablet ini tidak dikemaskini. iPad Mini generasi baharu ini hadir dengan cip pemprosesan yang menawarkan 40% lebih kuasa CPU, 80% kuasa GPU dan 2x ganda kuasa pembelajaran mesin lebih pantas.

iPad Mini Kini Sudah Dijual di Malaysia

Rekaan iPad Mini ini juga diperbaharui dengan panel belakang rata serta sisi rata yang lebih mirip dengan barisan iPad lain. Kemudian, Apple turut menyertakan butang kuasa dengan Touch ID terbina sama seperti iPad Air tahun lalu.

Ini Senarai Harga Jualan iPad & iPad Mini Terbaru di Malaysia

Menjadikan iPad Mini ini lebih moden adalah penggunaan USB-C yang menyokong pengecasan pantas 20W serta 10x ganda proses pemindahahan data lebih pantas. Untuk skrin, Apple menggunakan panel Liquid Retina bersaiz 8.3-inci.

Kemudian sokongan selular telah dinaiktaraf kepada 5G yang menyokong muat turun sehingga 3.5Gbps. kamera pula adalah 12MP f/1.8 di belakang dengan ISP baharu yang menawarkan kualiti imej yang lebih baik.

iPad Mini Kini Sudah Dijual di Malaysia

Manakal pada kamera swafoto sensor 12MP disudut ultra leba digunakan dengan sokongan Center Stage. Untuk audio sistem pembesar suara stereo yang lebih hebat ditawarkan dan untuk tujuan produktiviti, ia menyokong Apple Pencil genersi kedua.

iPad Mini Kini Sudah Dijual di Malaysia

Harga jualan iPad Mini adalah bermula RM2,299 untuk model WiFi dan storan 64GB, manakala bermula daripada RM2,949 untuk 64GB dengan selular. Pilihan storan adalah sehingga 256GB dan mempunyai pilihan warna merah jambu, starlight, ungu, serta warna klasik space grey.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayuh! Ini Cara Untuk Dapatkan Piza Hand-Crafted Pizza Hut Secara Percuma!

Marvel Studio Lancar Poster Karakter & TV Spot Terbaru Filem ETERNALS