in , , ,

iPad Air Generasi Baru Cipset A14, Skrin Retina 10 inci, Port USB-C Bermula RM1,449

Bersama-sama pengenalan iPad generasi ke-8, Apple hari ini turut mengumumkan iPad Air yang hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, dan menyertakan rekaan yang dikemaskini.

Apple hari ini memperkenalkan iPad Air seterusnya yang sudah memasuki generasi ke-4. Sehubungan dengan itu, ia telah dinaik taraf dengan cip A14 an juga rekaan baharu.

iPad Air Generasi Baru Cipset A14, Skrin Retina 10 inci, Port USB-C Bermula RM1,449

iPad Air baru ini hadir dengan skrin 10.9-inci Liquid Retina, dilengkapi cip pemprosesan terbaru Apple A14 berasaskan binaan 5nm, dan turut menyertakan sokongan USB-C bersama-sama dengannya untuk digunakan bersama sejumlah aksesori. Menariknya ia dikuasakan oleh cip Apple A14 yang merupakan cip Apple terpantas buat masa ini. Untuk kamera terdapat 1 di bahagian belakang dan 1 di bahagian hadapan.

iPad Air Generasi Baru Cipset A14, Skrin Retina 10 inci, Port USB-C Bermula RM1,449

iPad Air menggunakan rekaan bezel nipis seumpama pada iPad Pro dengan skrin 10.9 inci. Namun tidak seperti iPad Pro, model Air ini hanya menggunakan Touch ID yang dimuatkan dalam butang kuasa.

Bahagian belakang menggunakan kamera 12MP dengan apertur f/1.8 yang sama seperti iPad Pro manakala swafoto pula adalah 7MP.

Terdapat juga pembesar suara stereo untuk tontonan multimedia lebih memuaskan. Dari segi aksesori, iPad Air disokong oleh pengecasan berasaskan USB-C dan juga Smart Connector untuk Magic Keyboard.

Apple turut menyertakan sokongan butang kuasa yang dilengkapi Touch ID untuk tujuan pengesahan.\

iPad Air Generasi Baru Cipset A14, Skrin Retina 10 inci, Port USB-C Bermula RM1,449

Dengan penawaran ini, ia sekaligus menjadikan iPad Air sebagai salah satu tablet berkuasa di pasaran yang boleh digunakan untuk tujuan produktiviti serta penghasilan kandungan dengan mudah.

Di Malaysia, iPad Air ini ditawarkan pada harga bermula RM2599 untuk versi WiFi, dan bermula RM3149 untuk versi selular.

iPad Air Generasi Baru Cipset A14, Skrin Retina 10 inci, Port USB-C Bermula RM1,449
iPad Air Generasi Baru Cipset A14, Skrin Retina 10 inci, Port USB-C Bermula RM1,449

What do you think?

34 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

iPad Generasi Ke-8 Dilancar dengan Cipset A12, Skrin Retina 10 inci & Port USB-C

Apple Perkenal Apple Watch SE, Jam Tangan Mampu Milik