in , ,

Intan Najuwa Lentok di Bahu Siapa Tu?

Rasanya semua sedia maklum dengan kisah perhubungan di antara pasangan Intan Najuwa dan ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli. Sebelum ini dikatakan hubungan pertunangan mereka telah putus di tengah jalan.

Walaubagaimanapun, desas-desus mengenai hubungan mereka kembali menjadi sebutan netizen apabila Intan Najuwa telah memuat naik sekeping gambar di mana dia telah bersandar di bahu seorang lelaki persis Razrul.

Entri itu nyata membuatkan para peminat mula membuat spekulasi bahawa pasangan yang dikatakan sudah membawa haluan masing-masing itu sekarang ini kasih mereka sudah kembali bertaut.

Gambar Intan Najuwa Lentok di Bahu Razrul, Netizen Syak Tak Jadi Putus Tunang

Gambar Intan Najuwa Lentok di Bahu Razrul, Netizen Syak Tak Jadi Putus Tunang

Meskipun Intan Najuwa sendiri mengesahkan bahawa mereka sudah putus tunang pada Februari lepas dengan alasan tiada jodoh dan persefahaman lagi. Tapi Razrul yang dihubungi media memberikan gambaran seperti hubungan mereka tidak pernah putus langsung.

Pun begitu, Intan tidak lagi memberikan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan mengambil langkah mendiamkan diri selepas diajukan soalan sama ada dia dan Razrul sudah kembali bersama.

Rata-rata peminat nampaknya meluahkan rasa gembira apabila pasangan itu dikatakan sudah kembali bersama dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Gambar Intan Najuwa Lentok di Bahu Razrul, Netizen Syak Tak Jadi Putus Tunang

Ada juga segelintir pihak yang menunding jari kepada Intan dan mengatakan bahawa dia kembali bercinta dengan Razrul hanya kerana sudah tiada sumber pendapatan kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan.

Gambar Intan Najuwa Lentok di Bahu Razrul, Netizen Syak Tak Jadi Putus Tunang

Menolak dakwaan tersebut, pelakon wanita itu meminta individu yang membuat tuduhan tidak berasas itu supaya memperbaiki diri selain mendedahkan bahawa dia telah memberikan bantuan makanan kepada keluarga dan ibu tunggal yang terjejas.

Sama-sama kita nantikan berita rasmi daripada Intan sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 10 Peserta Program SUARA VIRAL Anjuran Astro

Gara-Gara Membela Nasib Rohingya, Diana Danielle Diserang Netizen