in ,

Instagram Membawa Ciri TONTON BERSAMA, Mesyuarat ala Zoom Meeting

Semalam, Budiey ada menonton IG Stories penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang mana beliau telah bermesyuarat dengan staffnya dengan menggunakan Zoom Meeting.

Bertepatan dengan keadaan sekarang di mana kita tak dapat keluar rumah untuk urusan mesyuarat dan melakukan perjumpaan, pelbagai teknologi telah diperkenalkan. Ternyata ini memudahkan sikit sebanyak urusan kita seharian.

Instagram semalam telah memperkenalkan sebuah lagi ciri baru pada aplikasi mereka, dinamakan sebagai “Co-Watching” atau “Tonton Bersama”.

Instagram Membawa Ciri TONTON BERSAMA, Mesyuarat ala Zoom Meeting

Ciri Ini Membolehkan Anda Menonton Kandungan Instagram Bersama Rakan Secara Maya

Melalui ciri ini, pengguna boleh menggunakan sokongan panggilan video pada Instagram dan menggunakannya dalam menonton dan melihat kandungan serta perkongsian Instagram bersama-sama rakan lain.

Dengan langkah ini, anda boleh membincangkan berkenaan sesuatu kandungan, atau berinteraksi dengan rakan lain dengan mudah pada masa-nyata – berbanding meninggalkan komen. Malah, dengan situasi perintah kawalan pergerakan kini, ciri ini mungkin amat diminati ramai – sekaligus memastikan anda kekal berhubung dengan rakan-rakan anda yang lain.

Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat, dan boleh diakses melalui ikon “Video Chat” pada Instagram Direct.

What do you think?

41 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isteri Fitri Haris, Fazilah Omar Keguguran

Bella Astillah Lancar Single TENANG, Akui Tiada Kaitan dengan Kisah Hidup