in , ,

Instagram Membolehkan Anda Berkongsi Gambar & Video Terus Daripada Desktop

Jadi sekarang lebih mudah dan cepat untuk berkongsi gambar dan video melalui Instagram sebab kita boleh akses terus dari desktop. Tak payah guna telefon bimbit lagi dah.

Instagram hari ini mengumumkan kemaskini dan pengenalan beberapa ciri baharu pada platform mereka. Salah satunya adalah kebolehan untuk berkongsi gambar dan video ke Instagram terus melalui desktop.

Ciri ini akan diaktifkan bermula hari Khamis ini secara berperingkat kepada semua, membolehkan pengguna berkongsi gambar, dan juga video bawah seminit terus melalui desktop.

Instagram Akhirnya Membolehkan Anda Berkongsi Gambar Dan Video Pendek Terus Daripada Desktop<

Langkah ini akan memudahkan lagi pengguna berkongsi gambar terus daripada kamera ke Instagram, tanpa perlu memindahkannya ke telefon seperti sebelum ini.

Pengenalan ciri ini semestinya mengemarkan ramai pengguna Instagram – terutamanya di desktop. Sebelum ini, Instagram sedia membenarkan pengguna melayari perkhidmatan berkenaan melalui desktop, selain pada masa yang sama menghantar dan menerima DM melalui desktop.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ebit Lew Bawa Bidadari & Anak-Anak Bercuti di Negara Switzerland

TV AlHijrah Teruskan Misi Bantuan Buat PKS Dalam Program Bincang Niaga Keluarga Malaysia