in ,

Instafamous Jadi Ibu Ayam, Sasar Golongan Artis Untuk Jadi Pemuas Nafsu Orang Kenamaan

Beberapa hari lalu, media dan portal mendedahkan berlakunya aktiviti pelacuran kelas atasan didalangi oleh Instafamous yang bertindak sebagai orang tengah atau ibu ayam.

Menurut laporan skuad khas berkenaan yang menemubual satu sumber yang tidak didedahkan, ibu ayam terbabit mensasarkan golongan artis termasuk yang kurang popular dan ‘dijual’ kepada golongan VIP dan dibawa ke pusat hiburan.

Sebagai ganjarannya, ibu ayam ini akan dibayar dengan harga yang tinggi sekurang-kurangnya RM5,000 per kepala atau lebih tinggi menjadikan ibu ayam ini mampu meraih keuntungan besar. 

Sebelum ini, media melaporkan artis yang terbabit dalam kegiatan haram ini mampu meraih bayaran RM20,000 hingga RM40,000 untuk perkhidmatan satu malam. 

Tetapi jelas sumber berkenaan, bayaran itu bukan untuk seorang sahaja, tetapi membabitkan beberapa individu lain. Ini kerana kebiasaannya ibu ayam akan membawa beberapa orang artis atau instafamous untuk terjebak bersama.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Masya Masyitah Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Yippi Star Quest 2020

RTM Sediakan Tiga Program Terbaharu Yang Menarik Untuk Ditonton Semasa PKP