in ,

Insiden Dipeluk Peminat: As’ad Motawh Nafi Buat Gimik

Penyanyi As’ad Motawh menafikan, insiden remaja bertudung meluru ke pentas dan memeluknya sebagai gimik seperti yang didakwa sesetengah pihak.

As’ad, 18, berkata, sekiranya kejadian itu disengajakan, tidak mungkin dia memilih gadis berhijab melakukan aksi kontroversi itu.

asad

“Tidak mungkin saya buat gimik. Jika benar sekalipun, saya tidak akan sesekali mempergunakan wanita bertudung kerana ia mencemarkan nama baik Islam.

“Apa yang berlaku tempoh hari adalah di luar jangkaan. Saya tidak sangka perkara itu akan terjadi, walaupun sejak awal lagi saya sedar tingkah laku remaja itu agak agresif.

“Saya perhatikan gelagatnya yang begitu teruja sebaik saya memulakan persembahan. Saya anggap itu sebagai tindakan luar kawalan peminat tegar,”

– As’ad Motawh

As’ad ditemui pada acara Honor My Idol Nation Wide Campus Tour di Universiti Malaya (UM).

Sabtu lalu, seorang remaja wanita mencetuskan kontroversi apabila meluru ke pentas dan memeluk erat As’ad ketika penyanyi itu mengadakan persembahan sempena The Percaya Tour di sebuah pusat beli belah, di sini.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik As’ad, remaja itu seolah-olah ‘histeria’ apabila melihat penyanyi itu muncul di pentas.

Mengulas lagi perkara itu, As’ad berkata, dia serba salah apabila remaja itu ditarik pengawal keselamatan yang mengawasi ruang pentas.

As’ad berkata, untuk meredakan situasi, dia memberikan peminat terbabit pas masuk untuk sesi ramah mesra selepas selesai persembahan.

“Saya tidak sampai hati melihat sekuriti menariknya turun pentas. Insiden itu bagaimanapun, tidak membuat saya serik untuk terus mendekati peminat.

“Buat masa ini, saya tidak melihat keperluan untuk mendapatkan kawalan ketat. Lagipun, ia berlaku disebabkan peminat yang terlalu teruja untuk bertemu dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan,”

– As’ad Motawh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ya, Saya Bakal Kahwin,” – Nelydia Senrose

Gangster Wanita Lakonan Miera Liyana, Amy Mastura Dalam Siri KL Meroyan