in

InnerShine Lancar Anti Penuaan RubyCollagen Essence

InnerShine memutar balik masa dengan keajaiban anti-penuaan RubyCollagen essence

Penemuan minuman kolagen baru dengan formula hak cipta RubySignature™
yang mengekalkan, melindungi dan menyokong kulit agar kelihatan muda selalu

[dropcap]P[/dropcap]utar balik masa dengan InnerShine RubyCollagen Essence yang baru. Suplemen makanan anti-penuaan yang menakjubkan ini mengandungi RubySignature™ yang unik untuk melambatkan proses penuaan dengan melancarkan 3 tindakan penting yakni, “mengekalkan, melindungi dan menyokong” kesihatan kulit.

Berbeza dengan minuman kolagen lain, formula RubySignature™ mengandungi adunan mikro-kolagen berkualiti yang mudah untuk diserap daripada ikan, dan Astaxanthin, ekstrak mikro-alga khas dari Sweden.

InnerShine Lancar Anti Penuaan RubyCollagen Essence

Carmen Soo

InnerShine RubyCollagen Essence membekalkan kolagen kepada kulit untuk memulihkan ketegangan dan keanjalannya dengan lebih efektif.

Di samping itu, dengan kehadiran Astaxanthin yang berfungsi sebagai pelindung semula jadi, ia dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari yang boleh merosakkan kolagen. Astaxanthin juga menyokong peredaran mikro untuk menyalurkan nutrien kepada sel-sel kulit dengan berkesan.

[pullquote align=”right”]Usia yang berlanjutan akan mengurangkan kandungan kolagen kerana keupayaan kulit untuk menghasilkan kolagen baru semakin berkurangan.[/pullquote]

Sementara itu, faktor alam sekitar seperti sinaran ultra ungu (UV) dan gaya hidup seperti tekanan kerja dan tabiat merokok mempercepatkan lagi kehilangan kolagen.

Dalam usaha untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan, adalah penting bukan sahaja untuk menggantikan kolagen yang hilang, tetapi juga mengelakkan degradasi kolagen daripada berlaku.

Astaxanthin melengkapkan nutrien bagi kulit dengan kesan mikro-kolagen. Ia satu antioksidan semulajadi yang amat berkesan kerana 500 kali lebih kuat daripada Vitamin E, 800 kali lebih kuat daripada CoQ10, dan 6000 kali lebih kuat daripada Vitamin C.

InnerShine Lancar Anti Penuaan RubyCollagen Essence

Semasa pelancaran InnerShine RubyCollagen Essence, Dr. Lua Bee Leng, Saintis Kanan Cerebos Pacific Limited telah berkongsi manfaat produk baru ini.

“Kita sentiasa terdedah kepada sinaran UV, yang menyumbang kira-kira 80% daripada penuaan kulit. Dengan pengambilan InnerShine RubyCollagen Essence secara kerap, penuaan kulit dapat diperlahankan. Astaxanthin memberi perlindungan terhadap spesis oksigen reaktif yang diihasilkan daripada sinaran UV, sekaligus mencegah kemerosotan selanjutnya kolagen dan protein matriks lain yang memberi fleksibiliti dan kekuatan kulit,” kata Dr. Lua.

Disahkan halal tanpa pengawet, pewarna atau gula, InnerShine RubyCollagen Essence 100% diperbuat daripada bahan semulajadi. Diadun dengan jus delima yang asli, minuman lazat lagi berkhasiat ini merupakan suplemen harian untuk melengkapkan rutin penjagaan kulit dan kecantikan wanita yang holistik.

En. Koh Joo Siang, Naib Presiden & Pengurus Besar Cerebos Malaysia Sdn. Bhd., berkata, “InnerShine RubyCollagen Essence hak cipta RubySignature™ membekalkan kolagen di samping melindungi dan menyokong kesihatan kulit. Penemuannya memperlihatkan satu standard baru dalam pasaran suplemen kolagen di negara ini.”

“Suplemen khasiat penjagaan kulit yang baru ini memenuhi keperluan wanita hari ini dalam regimen penjagaan kecantikan yang lebih lengkap dan menyeluruh. Produk ini memberi khasiat dari dalam, dan dengan itu, melengkapi rejim penjagaan kulit yang sedia ada,” tambah Koh.

Dalam majlis pelancaran tersebut, pelakon dan model terkemuka, Carmen Soo, diumumkan sebagai wajah baru untuk kempen 360-darjah pemasaran produk baru itu, yang termasuk iklan televisyen dan cetak. Carmen dipilih sebagai duta kerana kejelitaan dan sofisikasinya mencerminkan keunikan minuman kecantikan baru ini.

InnerShine RubyCollagen Essence boleh didapati di farmasi dan pasaraya terkemuka pada harga RM 142.90 untuk 14 botol x 50ml. Untuk maklumat lanjut mengenai keajaiban produk anti-penuaan yang baru ini, sila hubungi Khidmat Pelanggan di talian [highlight]1300 228 300[/highlight] atau layari www.innershine.com.my/rubycollagen.

InnerShine Lancar Anti Penuaan RubyCollagen Essence

InnerShine Lancar Anti Penuaan RubyCollagen Essence

InnerShine Lancar Anti Penuaan RubyCollagen Essence

InnerShine Lancar Anti Penuaan RubyCollagen Essence

InnerShine Lancar Anti Penuaan RubyCollagen Essence

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Records 40.7% Passenger Growth in the Third Quarter of 2012

Sitkom Menarik New Girl di ntv7 Mendapat Sambutan Penonton