in , ,

Ini Senarai Program Ramadan Raya Istimewa Hot FM dan Molek FM

Setelah lebih 2 tahun Malaysia berada dalam fasa Pandemik, kini negara telah memasuki fasa peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu yang pastinya menjadikan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini lebih meriah.

Marsha Milan, Naqiu, Hazama, Daniesh Suffian, Eddie Hamid, Rosalinda, Amir Masdi, Adira, Shila Amzah & SOG, Afieq Shazwan, Tajul, Nikki Palikat, Amylea, Luqman Faiz, Haiza & Fazli Zainal dan ramai lagi artis popular tanah air akan mewarnai sambutan Aidilfitri di Hot FM dan Molek FM. 

Majlis Berbuka Puasa Hot Fm Dan Molek Fm

Kemeriahan program Ramadan Hot FM & Molek FM

Antara program Ramadan Hot FM yang sedang dianjurkan adalah Hot FM Rakyat Rangers belanja raya sakan yang dibawakan oleh PayHalal dan Hot FM 30 Ramadan bersama Lotus’s Malaysia. Selain itu, program kolaborasi antara Hot FM, Buletin FM dan Molek FM yang turut dianjurkan adalah Booster Ramadan bersama Ustaz Rozie Rejab yang akan berlangsung secara live di Facebook Hot FM, Buletin FM dan Molek FM pada 21 April bersama Imran Aqil dan peraduan menarik untuk pendengar bertuah iaitu Jom Balik Kampung di mana Hot FM, Buletin FM dan Molek FM akan menghantar pendengar bertuah untuk pulang ke kampung mereka. 

Antara program Ramadan Molek FM sedang dianjurkan adalah Projek Baju Raya di mana Molek FM memberi ruang kepada para pendengar untuk memberi sumbangan baju raya dan akan diberikan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik di sekitar kawasan pantai timur bagi meraikan Aidilfitri pada tahun ini.

Hangat Beraya istimewa buat pendengar Hot FM

Selain itu juga, seperti kebiasaan Hot FM akan bekerjasama dengan syarikat rakaman untuk menghasilkan lagu raya bersama para penyampai dan rakan artis. Bagi tahun ini, Hot FM tampil dengan lagu raya berjudul Hangat Beraya, kolaborasi bersama Alternate Records & Talents. Lagu Hangat Beraya ini merupakan hasil garapan komposer dan penulis lirik terkenal iaitu Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.  Hangat Beraya ini dinyanyi oleh Fara Fauzana, AG, Fad, Marsha Milan, Ayu, Naqiu, Haziq, Riena Diana, Hazama, Imran Aqil dan Daniesh Suffian. Lagu Hangat Beraya akan mula ke udara bermula 17 April 2022 iaitu pada Ramadan ke-15 dan boleh didengarkan di semua platform digital. 

Majlis Berbuka Puasa Hot Fm Dan Molek Fm

Antara program raya yang akan menghangatkan suasana Aidilfitri nanti adalah Salam Aidilfitri Hot bersama penyampai Hot FM Ayu, Imran Aqil dan Riena Diana di mana mereka akan menyampaikan ucapan raya pendengar secara live. Seterusnya program raya Hot FM diserikan dengan ucapan raya daripada rakyat Malaysia di perantauan menerusi #SeikhlasHati Hot. Kemeriahan Aidilfitri diteruskan lagi dengan sesi Akustik Raya Hot FM bersama penyanyi terkenal antaranya Shila Amzah & SOG, Afieq Shazwan, Tajul, Nikki Palikat dan Amylea. 

Dalam keceriaan Aidilfitri, Hot FM turut menyajikan program yang menyentuh hati iaitu ‘Belum Siap Kehilangan’ bersama AG dan Fad, di mana mereka menyelami perasaan rakan artis yang menyambut Aidilfitri tahun pertama tanpa orang tersayang. Turut disajikan kepada pendengar, gelagat Fara Fauzana beraya bersama selebriti cilik dan viral bersama adik Yaya, adik Haziq dan Alyssa Dezek menerusi Fara & Friends Beraya.

Meneruskan kemeriahan Aidilfitri, pelbagai program raya telah disusun oleh Molek FM yang pastinya akan memberikan hiburan kepada para pendengar. Antara program raya Molek FM adalah Busking Raya Molek yang mana menggabungkan kumpulan-kumpulan busking yang ada di negara ini untuk menyanyikan kembali lagu-lagu raya evergreen. 

Rumah Terbuka Raya Molek

Istimewa buat pendengar setia Molek Pagi bersama Mek Zura & Fizie, mereka akan menampilkan barisan artis bagi bersama-sama meraikan Aidilfitri menerusi Rumah Terbuka Raya Molek. Program ini akan dimeriahkan dengan sesi bual bicara bersama artis jemputan serta persembahan istimewa mereka. Turut serta bersama-sama Mek Zura & Fizie adalah penyampai radio Molek FM yang lain seperti Kamilia, DJ Nazz, Mat Dan & Kai Hassan.

Seterusnya program menarik di mana pengisian mengenai perkongsian pengalaman dan perjalanan ‘Mat Salleh’ menyambut Aidilfitri di Malaysia yang akan dikendalikan oleh Mat Dan bakal menemui pendengar menerusi program Mat Salleh Beraya yang turut menampilkan tetamu yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Rhys William & Aiman Nasir atau Aiman Wynne.

Berikutnya, Kai Hassan akan di cabar untuk ke udara dengan berpantun secara berterusan menerusi program Pantun Molek. Kai Hassan akan berpantun sama ada secara berseorangan, bersama pendengar atau bersama artis jemputan. Menariknya celoteh mereka yang menggunakan pantun ini akan berkisarkan tentang hari raya sahaja. 

Program dedikasi raya, khas buat anak-anak pantai timur di perantauan bakal menemui pendengar menerusi Salam Rantau Molek. Mereka boleh menzahirkan rasa rindu serta menyampaikan ucapan hari raya mereka kepada insan yang tersayang. Tidak terhad kepada mereka yang berada di luar negara sahaja, malahan terbuka bagi anak pantai timur yang berada di dalam negara tetapi sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. 

Majlis Berbuka Puasa Hot Fm Dan Molek Fm

Disamping itu, Molek FM juga bakal tampil dengan dua buah lagu raya yang berjudul Moleklah Beraya hasil ciptaan Eddie Hamid dan nyanyian Eddie Hamid, Rosalinda penampilan khas adik Akid serta penyampai radio Molek FM Mek Zura, Fizie dan Kamilia. Manakala untuk lagu yang kedua iaitu Raya Raya hasil ciptaan Rudy Nastia dan dinyanyikan oleh Amir Masdi, Adira, DJ Nazz, Mat Dan dan Kai Hassan. Kedua-dua lagu ini adalah merupakan hasil kolaborasi antara Molek FM serta Nova Music Malaysia. Kedua-dua lagu ini akan mula dimainkan di radio bermula 17 April 2022 iaitu pada Ramadan ke-15 dan boleh didengari di semua platform digital. 

Majlis Berbuka Puasa Hot Fm Dan Molek Fm

DJ Nazz dan Kamilia, keluarga baharu Molek FM

Selain itu, Molek FM turut ingin memperkenalkan keluarga baharu Molek FM iaitu DJ Nazz yang tidak asing lagi dengan dunia penyiaran radio dan merupakan salah seorang ‘legend’ dalam kalangan penyampai radio di Malaysia. DJ Nazz yang telah bermula ke udara pada 11 April lalu bersama Mat Dan menerusi segmen Molek Petang bermula 3 petang hingga 7 malam dilihat mudah mendapat rentak untuk menjadi ‘sparring partner’ dengan Mat Dan yang dahulunya ke udara seorang diri sahaja. Turut tidak ketinggalan penyampai radio baru Molek FM, Kamilia yang merupakan juara pencarian Cek Mek Molek Tati yang akan ke udara menerusi segmen Molek 10-3, Ahad hingga Khamis. 

Majlis Berbuka Puasa Hot Fm Dan Molek Fm

Selain program-program menarik sepanjang Ramadan raya tahun ini, pendengar akan turut ditemani dengan lagu-lagu raya yang pastinya akan menghangatkan lagi suasana raya pada tahun ini setelah hampir 2 tahun tidak dapat beraya di kampung halaman bersama keluarga. 

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Molek FM pula boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu. 

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV. Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm TikTok @molekfm dan Twitter @MolekFM serta Whatsapp di 019-336 5656. Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamel | 18

Artis Rocketfuel Meriahkan Aidilfitri Tahun Ini Dengan Lagu ‘RAYA KITA RAYA’

Mjestic Founder

Mjestic Buka Peluang Jana Pendapatan, Raih RM30,000 Sebulan!