in , ,

Ini Sebab Aishah Jadi Juara GEGAR VAGANZA Musim Ke-4

Disebalik ramai yang sentap Liza Hanim tak jadi juara, ramai yang bersorak dan tak sangka sebenarnya Aishah dinobatkan sebagai juara dengan meraih hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 ribu, sebidang tanah lot banglo, barangan kemas bernilai RM80,000 ribu, pakej percutian ke Eropah Timur serta beberapa hadiah iringan. Fuh banyak tu!

Aishah Juara GEGAR VAGANZA 4

Komen Aishah Tentang Gelaran Legenda

Masa mula-mula Aishah nak join Gegar Vaganza dulu, ramai yang duk canang Aishah tak perlu masuk GV sebab dia seorang artis bertaraf legenda. Semasa interbiu semalam, Aishah cakap, dia tak anggap diri dia legend. Baginya, gelaran tak pentting. Dia menyertai GEGAR VAGANZA sebab nak buat comeback.

Dia nak tunjuk bakat buat generasi muda yang tak kenal diri dia. Siapa yg canang gelaran legend tu? Orang luar kat sana. Dia kata, tunggu dia mati je la nak panggil dia legend pun. Sebab dia tak anggap dia legend. Orang tak faham yang dia nak kembali bekerja sebagai penyanyi yang boleh menyara kehidupannya. Ada bakat ada suara tapi takde job. Tak guna gak, kan.

Gegar Vaganza

Jadi GV adalah platform untuk Aishah menonjolkan kemampuan. Ternyata, masa konsert akhir semalam beliau mampu membuktikan bakat beliau masih diterima walaupun dah berusia.

Apa rahsia kejayaan Aishah dalam GEGAR VAGANZA?

Ya, pertamanya adalah bakat semulajadi yang dianugerahkan Tuhan. Dari dulu sampai sekarang suara dan vokal Aishah sama macam kaset tau. Budiey ada cakap tentang benda ni kat Aishah. Dia ketawa tersipu-sipu sebab ramai yang cakap macam tu. Bayangkan diusia 52 tahun beliau masih boleh tarik suara macam Celine Dion. Haaa, kau mampu dik?

Tok Ram ada komen semalam, Aishah antara peserta yang paling berdisiplin dan komited. Itu kunci kejayaan. Itulah beza artis lama dengan artis baru yang nak up ni. Semoga kejayaan terus menjadi milikmu, kak! Tahniah @aishahjmm dijulang menjadi juara GV4. Ramai tak sabar nak dengar single terbaru. Selamat bercuti hilangkan stress. Terima kasih banyak bagi kerjasama semasa sesi temubual bersama Budiey sepanjang GV4. Sangat menghargainya.

Aishah GEGAR VAGANZA

Pastinya berita ini mengejutkan ramai pihak kerana ramalan mengatakan juara adalah milik Liza Hanim di minggu awal Gegar Vaganza. Ternyata, Konsert akhir GegarVaganza 4 (GV 4) menyaksikan Aishah dinobatkan sebagai juara kerana beliau berjaya membawa lagu ALL BY MYSELF dengan baik sekali sehingga membuatkan Hetty Koes Endang menanngis.

GEGAR VAGANZA

Tahniah Budiey ucapkan buat Aishah yang telah menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 81 peratus.

Kesemua bintang diadili secara adil oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Sementara itu, Aishah juga diumumkan sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat. Wow kemenangan berganda. Dah tiga kali rasanya beliau menang.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu markah penuh konsert akhir GV4 yang bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor sebentar tadi.

Di bawah merupakan markah penuh finalis GV 4:

1.Aishah – 81%
2.Liza Hanim – 79%
3.Lan Solo – 70.4%
4.Hazami – 70%
5.Firman Siagian – 69%
6.Tia Jinbara – 66%

Lebih menarik, nyanyian lagu All My Myself oleh Aishah telah membuatkan penonton semua berdiri memberikan penghormatan dan juri tetap Hetty Koes Endang kelihatan menitiskan airmata.

Naib juara, Liza Hanim (markah 79 peratus) dengan hadiah wang tunai RM50,000 ribu, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Turki beserta hadiah iringan sebidang tanah lot banglo dan pakej percutian.

Hadiah tempat ketiga menjadi milik Lan Solo (markah 70 peratus) dengan RM30,000 ribu beserta sebidang tanah lot banglo dan pakej percutian, tempat keempat, Hazami (markah 70 peratus) memenangi RM20,000 ribu serta percutian ke Jogjakarta dan barangan kemas tempat kelima, Firman (markah 69 peratus) dengan RM15,000 ribu serta tempat keenam RM10,000 ribu diberikan kepada Tia Jinbara (markah 66 peratus).

Digi Star of The Week minggu final dimenangi Hazami manakala anugerah Gelora Vida Vaganza menjadi milik Aishah.

Liza Hanim menyampaikan lagu tugasan solo, Meniti Titian Usang dan berduet dengan Aishah, lagu Supergirls. Hazami lagu Bahagiamu Deritaku dan lagu Amboi duet bersama Lan Solo.

Aishah lagu solo All By Myself, Firman lagu Drama King untuk tugasan solo manakala duet dengan Tia Jinbara lagu Tepi Sikit.

Lagu persembahan solo Tia pula, Romancinta serta Lan dengan lagu Smell Likes Teen Spirit

GV4 final disiarkan secara langsung di Astro Ria dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios dekat sini pada Ahad malam, bermula pukul 9.00 malam.

Keputusan berdasarkan peratusan markah oleh juri-juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang dari Indonesia di samping dua juri jemputan, Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Rosyam Nor.

Hos ialah Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Pemenang GV1, Ayai Ilusi, Siti Nordiana (GV2) serta Azharina (GV3).

Hadiah disampaikan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Saluran Melayi Astro, Raqim Ahmad serta penaja platinum GV4, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida.

Tahniah buat semua pemenang. Kita jumpa di GEGAR VAGANZA musim ke-5 pulak tahun depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Ada Aishah dalam GEGAR VAGANZA, Ibu Hetty Setuju Mahu Jadi Juri

Sinopsis Telemovie SALJI UNTUK MABEL