in

Ini Review Breeze Art Boutique Hotel di Bandung

Kedudukan kota Bandung, di Indonesia sebagai salah satu destinasi pelancongan paling popular di kalangan rakyat Malaysia telah membawa kepada pembinaan ratusan hotel di kota tersebut. Banyak jenama-jenama hotel antarabangsa yang tumbuh bagaikan cendawan di situ.

Terdapat juga hotel-hotel tempatan yang tidak kurang hebatnya. Namun, dalam kebanjiran hotel-hotel besar ini, muncul juga beberapa hotel butik tempatan mewah yang menawarkan perkhidmatan setanding hotel-hotel antarabangsa.

Breeze Art Boutique Hotel

Breeze Art Boutique Hotel : Hotel Mewah Berunsur Seni Di Bandung

[dropcap]H[/dropcap]otel-hotel baru yang lebih kontemporari dan unik ini mula mendapat perhatian pelancong tempatan dan asing kerana ciri-ciri istimewa yang mereka miliki. Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah Breeze Art Boutique Hotel yang terletak di kawasan kediaman yang lebih peribadi di daerah perumahan Komplek Pondok Hijau. Ia juga terletak hanya 15 minit daripada tempat-tempat pilihan pelancong seperti Kampung Daun, The Peak dan juga Kampung Gajah.

Hotel ini yang terinspirasi dari cinta pemiliknya terhadap unsur-unsur seni dan budaya merupakan sebuah bangunan rumah mewah yang diberi sentuhan unik dari sudut seni reka dalaman dan juga perhiasan. Ia mempunyai 12 buah bilik sahaja namun setiap bilik mempunyai senireka dalaman yang indah serta kontemporari, bersesuaian dengan hotel-hotel mewah zaman sekarang.




Selain itu, setiap bilik mempunyai karya seni sentuhan pelukis pilihan pemilik. Sejajar dengan jenamanya yang mewah serta eksklusif, hotel ini tidak membenarkan tamu kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Malah sekiranya terdapat jumlah tamu yang berlebihan, ia tidak menyediakan katil tambahan tetapi menyarankan para tamu untuk memesan bilik kedua. Kesemua bilik dilengkapi TV LCD, dan semestinya sambungan wi-fi percuma. Ini diperhebatkan lagi dengan barangan bilik mandi khas bagi memanjakan setiap tamu yang menginap di sini.

Dari dalaman bilik sehinggalah senireka dalaman tempat makannya di bawah, dan taman kecil di luar, hotel ini benar-benar membangkitkan rasa cinta terhadap seni kala bermalam di sini. Tambahan lagi, sebagai sebuah hotel butik yang mewah, kesemua perabot di hotel ini sangat berkualiti tinggi. Di dalam hotel juga terdapat sebuah ruang yang dikhaskan untuk mempromosi batik iaitu ‘Griya Batik’ yang memaparkan hasil kerja Seniman Batik tersohor Go Tik Swan yang mencipta Batik Indonesia dengan menggabungkan Batik Surakarta serta Batik Pesisir.

Malah, berhadapan dengan hotel ini tersedia sebuah gedung yang dikenali sebagai ‘Griya Puisi Tanpa Kata’ (rumah puisi tanpa perkataan).Ia merupakan sebuah muzium kecil yang memaparkan hasil-hasil seni Srihadi Soedarsono dan beberapa karya seni yang lain. Kesemua tamu hotel boleh melawat muzium ini secara percuma (dan ia dimiliki oleh pemilik yang sama).

Kesimpulannya, Bandung Breeze Art benar-benar hotel butik mewah buat pelancong alaf baru masakini yang mahukan kelainan dalam penginapan kala bercuti. Tetap mewah, tetap gah namun suasananya berbeza dan lain daripada yang lain.

Andai berpeluang ke Bandung, bermalamlah di Breeze Art Boutique Hotel untuk mengalami keunikan mewahnya!

Breeze Art Boutique Hotel

Breeze Art Boutique Hotel

Breeze Art Boutique Hotel

Breeze Art Boutique Hotel

Breeze Art Boutique Hotel : Hotel mewah berunsur seni di Bandung
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Walt Disney Umum Karakter & Bakat Suara Filem MOANA

Persembahan RUMOUR HAS IT Adele’s Life & Songs in Malaysia