in , ,

Ini Punca Video Dipadam, Sugu Pavithra Tak Nak Ada kaitan dengan YouTube

Selepas menimbulkan tanda tanya ramai netizen, YouTuber masakan popular, M Sugu dan S Pavithra telah memberitahu mereka tak mahu lagi ada sebarang kaitan dengan Youtube.

Selepas ini, tiada lagi video mereka memasak daripada mereka di Youtube. Ini adalah kerana mereka mahu menjalani kehidupan biasa seperti sebelum ini. Mereka tidak mahu dilimpahi dengan populariti dan dikenali ramai serta mendapat tumpuan masyarakat.

Menurut kata Sugu, selepas ini mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.

Ini sekaligus menjawab teka teki orang ramai selepas kesemua video masakan yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri itu di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ telah dipadam.

Menurutnya, di luar sana ramai lagi YouTuber masakan yang hebat-hebat dan bagus-bagus tetapi yang peliknya, kenapa mereka menjadi tumpuan orang ramai? Jadi, lebih baik mereka memberi perhatian pada keluarga. 

“Kami padam video itu kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.

“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” 

– Sugu Pavithra

Lelaki berusia 29 tahun itu juga berkata dia dan isterinya masih belum memikirkan mengenai perancangan masa hadapan.

Sementara itu, Ibu Sugu, G Rajeswari, ketika ditemui media mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.

“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama.

“Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” 

– Ibu Sugu, G Rajeswari

Sebelum ini pasangan itu memuat naik video pelbagai resepi masakan termasuk aktiviti keluarga mereka seperti percutian dan perpindahan ke kediaman baharu.

Perkembangan itu sekaligus menimbulkan tanda tanya ramai malah ada yang membuat andaian masing-masing, tambahan pula selepas kontroversi yang berlaku baru-baru ini.

Sugu & Pavithra mula dikenali sewaktu kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dan telah berjaya mengumpulkan seramai 785,000 subscriber di saluran tersebut.

What do you think?

75 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dia Menipu! Alya Iman Didakwa Tak Pernah Bertunang

Jamal Abdillah Pilih Nama El Isaac Yamani Untuk Anak