in ,

Ini Perlawanan Futsal Hijabista Pertama Di Malaysia

Wanita main bolasepak? Tak mustahil. Dah ramai orang buat. Kat luar sana memang ada wanita yang suka main bola. Begitu juga dengan futsal. Tapi tak ramai wanita yang berhijab nak main futsal. Tapi Zayan dah buat satu event untuk wanita bertudung lawan futsal.

ZAYAN, destinasi gaya hidup Muslim moden, telah mengajur “A Day with Hijabistas”, iaitu perlawanan futsal persahabatan hijabistas, sebagai inisiatif baru sempena Hari Hijab Sedunia (World Hijab Day) 2019. “A Day with Hijabistas”berlangsung pada hari ini, 16 Februari 2019, di Uptown Sports Bangi dan disertai oleh personaliti-personaliti tempatan dan peminat-peminat ZAYAN.

Logo_A Day With Hijabistas

ZAYAN ANJUR PERLAWANAN FUTSAL HIJABISTA PERTAMA DI MALAYSIA

  • Buat julung kalinya di Malaysia,“A Day with Hijabistas”inisiatif jenama radio ZAYAN#indahdihati, diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara peminat-peminat dan keluarga ZAYAN. Pada masa yang sama, “A Day with Hijabistas”juga berniat meningkatkan pemahaman masyarakat tentang tatacara pemakaian hijab dan berhijab juga tidak memberi halangan kepada kaum wanita untuk terus aktif dengan menjalankan rutin harian dan aktiviti-aktiviti yang cenderung ke arah gaya hidup sihat
  • Selain itu, keunikan “A Day with Hijabistas”juga merangkumi tatatertib pemain-pemain perlawanan futsal persahabatan ini yang ditunjukkan tatacara pemakaian hijab yang sempurna. Peserta-peserta perlawanan futsal ini juga perlu berhijab sepanjang perlawanan.
  • Personaliti-personaliti ZAYANseperti Lin Ariffin (dari segmen‘#ZOTD’)Mawi & Anas(dari segmen‘Salam BROS’), dan Falyq (dari segmen‘ZAYAN Cafe’)serta personaliti-personaliti jemputan seperti Anna Aljuffrey (personaliti jenama radioGEGAR)Nur Affizza Azmi (penyampai berita TV9)dan Wani KayrieEkin & Aenn (selebriti-selebriti tempatan) turut hadir untuk bertemu dan memeriahkan gelanggang futsal bersama-sama peminat. 
  • Pemain-pemain perlawanan futsal persahabatan dibahagikan kepada 8 kumpulan dan perlawanan selama lima minit bagi setiap kumpulan ini bersifat ‘kalah mati’. Pemenang dari 8 kumpulan yang bertanding akan bertemu ‘kumpulan pilihan’ di peringkat akhir bagi mementukan pemenang keseluruhan perlawanan. 
  • Penganjuran “A Day with Hijabistas”ini juga merupakan tanda peringatan dan penghargaan dari ZAYAN kepada wanita-wanita Muslim yang berhijab di Malaysia dan negara luar yang tabah berhadapan dengan cabaran atau halangan kerana  memilih untuk berhijab.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar Filem Klasik Putera Bertopeng Lakonan Seniwati Latifah Omar & Ahmad Mahmud

Cat Farish Akui Berkawan Rapat Dengan Ibu Tunggal Anak Satu