Infinix kembali menggegarkan pasaran dengan pelancaran model terkini dalam siri GT mereka — Infinix GT 30 Pro. Menyasarkan golongan muda dan peminat tegar permainan mudah alih, telefon ini bukan sekadar kelengkapan digital biasa, tetapi satu senjata berkuasa tinggi yang mampu mengekalkan prestasi FPS penuh sepanjang hari. Ia juga merupakan model pertama dalam siri GT yang hadir dengan sistem ‘All-Day Full FPS’ serta butang GT Trigger yang eksklusif.
Ciptaan Untuk Gamers: Reka Bentuk Futuristik Dan Ciri Gaming Penuh Aksi
Bukan sekadar gaya, Infinix GT 30 Pro menggabungkan paparan AMOLED 144Hz 1.5K, cip MediaTek Dimensity 8350 5.5G, pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar, sistem kamera 108MP, serta alat AI One-Tap yang membantu dalam pengurusan prestasi. Semua ini dibalut dengan rekaan ‘cyber-mechanical’ yang tampak seperti peranti dari masa depan.
Menurut Tommy Xiong, Pengarah Negara Infinix Malaysia: “Di Malaysia, permainan mudah alih bukan sekadar hobi — ia adalah gaya hidup. Infinix memahami betapa pentingnya pengalaman permainan yang lancar dan hebat. GT 30 Pro dibina untuk bantu setiap pemain mencapai impian menjadi gamer profesional dan mampu carry like a pro.”
Aksesori Eksklusif: GT Gaming Master Edition Untuk Pemain Kompetitif
Untuk peminat hardcore, Infinix memperkenalkan edisi GT Gaming Master Edition yang didatangkan bersama dua aksesori eksklusif: MagCharge Cooler dan MagCase. MagCharge Cooler bukan sahaja menyejukkan telefon 30% lebih efisien, malah boleh mengecas secara tanpa wayar sambil bermain dalam mod ‘Draco Mode’. Sementara itu, MagCase membantu mengalirkan haba dengan lebih baik.
Gabungan kedua-dua aksesori ini melengkapkan sistem penyejukan GT 30 Pro yang menggunakan teknologi 3D Vapor Cloud Chamber Cooling (3DVCC). Bersama RAM lanjutan sehingga 24GB, pengguna dapat menikmati permainan pada kadar bingkai tinggi tanpa lag atau kepanasan melampau.
Telefon Rasmi Esukan MPL MY Musim Ke-16
Menjadi telefon rasmi untuk Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim 16, GT 30 Pro membuktikan kemampuannya sebagai peranti esukan sebenar. Menurut Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Esukan Malaysia di MOONTON Games: “Dengan GT 30 Pro, lebih ramai pemain boleh merasai pengalaman MLBB seperti atlet profesional. Ia adalah teknologi yang memberi kuasa kepada semangat #PantangMengalah.”
GT Trigger: Butang Bahu Pintar Untuk Kawalan Pro-Level
GT 30 Pro memperkenalkan butang bahu GT Trigger yang sensitif sentuhan dan hampir tanpa lengah. Sangat sesuai untuk fungsi seperti mengaktifkan kemahiran, menembak atau membuka gear. Ia menyokong tetapan empat atau enam jari, malah boleh melancarkan permainan hanya dengan tekan lama kedua-dua butang.
Bukan setakat permainan, GT Trigger juga boleh digunakan untuk tugas harian seperti membuka kamera, aplikasi atau mengawal media. Dengan kadar pensampelan sentuhan 2160Hz, sensor gyro enam paksi, dan kadar pelaporan 240Hz, setiap sentuhan dan gerakan terasa cepat dan tepat.
Pemproses, Penyejukan & Sambungan Yang Serasi Dengan Gaya Permainan Terkini
Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8350 5G, GT 30 Pro membawakan kecekapan tenaga tinggi dan prestasi konsisten. Teknologi HyperEngine menjamin pengurusan sumber pintar dan kadar bingkai stabil — sangat penting untuk sesi permainan yang panjang. Menurut Will Chen dari MediaTek: “Kerjasama kami dengan Infinix menjanjikan prestasi peringkat flagship yang benar-benar memberi kepuasan maksimum kepada pemain.”
AI Pintar Untuk Pengalaman Lebih Canggih Dan Realistik
GT 30 Pro turut menampilkan pelbagai ciri AI gaming seperti Magic Voice Changer, XBOOST AI, dan XArena Game Space untuk mod permainan lebih lancar. Sistem X-Haptics 4D, Audio Boost, dan Game Visual Boost pula memastikan pengalaman lebih imersif dari segi audio, getaran dan visual.
Rekaan Berani Dengan Sistem Cahaya RGB Dinamik
Tersedia dalam tiga warna menarik — Shadow Ash, Blade White, dan Dark Flare, GT 30 Pro mempunyai sistem Mechanical Light Waves dengan lebih 20 kesan cahaya berbeza untuk notifikasi, panggilan, muzik, dan aksi permainan. Rekaannya diilhamkan daripada dunia sci-fi dengan casis CNC dan panel komposit tahan lasak.
Paparan AMOLED 1.5K yang menawarkan 144Hz refresh rate, PWM dimming 2160Hz, kecerahan maksimum 4500 nits, serta pensijilan TÜV Rheinland menjadikan paparan terang, selesa dan mesra mata.
Lebih Daripada Sekadar Gaming: Kamera, Bateri & AI Harian
GT 30 Pro dibekalkan bateri 5500mAh dengan pengecasan pantas 45W berwayar dan 30W tanpa wayar. Teknologi Bypass Charging 2.0 membolehkan pengecasan tanpa memanaskan bateri. Untuk kamera pula, telefon ini hadir dengan kamera utama 108MP, ultra-lebar 8MP, dan kamera hadapan 13MP.
Untuk pengguna kreatif, fungsi AI seperti pemotongan objek, peluasan gambar, suntingan satu sentuhan, serta AI wallpaper dan terjemahan panggilan rentas bahasa sangat membantu.
GT VERSE: Ekosistem Permainan Infinix Kini Berkembang
Infinix turut melancarkan XPAD GT, sebuah tablet gaming dengan cip Snapdragon 888, skrin 144Hz, pembesar suara 3D, dan bateri 10,000mAh. Dilengkapi sistem penyejukan cecair dan aksesori stylus serta papan kekunci magnetik, XPAD GT adalah pelengkap terbaik kepada GT 30 Pro.
Maklumat Jualan Infinix GT 30 Pro: Tarikh Jualan: 21 Mei 2025 Harga: • 12GB + 256GB – RM1,299 • 12GB + 512GB (warna Dark Flare sahaja) – RM1,499 Promosi: Percuma MagCharge Cooler & MagCase (selagi stok masih ada) Platform: Lazada, Shopee, TikTok Shop & Pengedar Sah Infinix
Maklumat Jualan Infinix XPAD GT: Tarikh Jualan: 24 Mei 2025 Harga: RM1,699 (8GB + 256GB) Promosi: Percuma papan kekunci & stylus magnetik bernilai RM599
Apa Kata Budiey?
Infinix GT 30 Pro bukan sekadar telefon pintar — ia adalah mesin tempur untuk generasi baharu gamer Malaysia. Dengan spesifikasi yang sangat berbaloi pada harga bawah RM1,500, peranti ini bukan sahaja memberi pengalaman gaming bertaraf pro, tetapi juga merangkumi produktiviti harian dan penciptaan kandungan. Gabungan AI pintar, sistem penyejukan canggih, serta rekaan futuristik menjadikannya pesaing utama dalam pasaran telefon gaming pertengahan. Untuk yang #PantangMengalah, inilah senjata anda.