in

Ekspresi Remaja Era Digital INFINITEEN di TV Okey

“INFINITEEN” – Ekspresi Remaja Era Digital, Bual Bicara Terbaharu di TV Okey (Astro 109)

Padat dengan pengisian secara santai dan bertenaga khusus buat remaja, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV Okey (Astro 109) tampil dengan program bual bicara “INFINITEEN” – Ekspresi Remaja Era Digital yang memfokuskan minat dan perkembangan generasi muda dalam dunia digital, sukan, kebudayaan, gaya hidup dan hiburan.

poster Infiniteen

Menampilkan hos di studio, Justin Ang, Jay Walia, Akhmal Nazri dan Aishah, program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari (UMD) RTM ini mula bersiaran pada 14 September lalu, setiap Jumaat, pukul 3.00 petang menerusi TV Okey (Astro 109). Manakala siaran ulangan boleh diikuti setiap Isnin, pukul 10.30 malam.

Program satu jam ini mengutarakan segmen “Reak-C” yang menjemput dua orang tetamu setiap minggu yang mempunyai karakter, komitmen serta bakat luar biasa dab menarik dalam bidang sukan, seni hiburan, keusahawanan dan sebagainya untuk membincangkan isu yang ditetapkan setiap minggu selain berkongsi pengalaman, cabaran dan tip kemajuan diri. Di dalam segmen ini juga turut diselitkan Carta Kaki Apps yang terkini.

Antara topik yang dibincangkan termasuklah ‘Famous Alam Maya’, ‘Xtream Terlampau’, ‘Nak Tunjuk Atau Nak Simpan’ dan ‘Biru Atau Putih’. Nantikan banyak lagi tajuk dan perkongsian menarik dalam program ini.

pengacara Infiniteen bersama tetamu di studio

Mewarnai segmen “Fuh Relaks!!!” yang lebih santai pula berkaitan dengan gaya hidup, fesyen terkini dan trending, gajet, inovasi, kontemporari, hobi yang pelik serta viral di Malaysia. Setiap minggu bakal menjemput tetamu yang berkaitan untuk berkongsi cerita dengan penonton.

Menariknya segmen ini juga memuatkan sebuah bingkisan pelancongan #KakiAyam berdurasi lima minit untuk menerokai tempat menarik di Malaysia. Manakala Santai sosmed berdurasi dua minit pula memaparkan instafamous Malaysia.

Kemuncaknya segmen “Cabaran Minggu Ini” dimana cabaran akan diberikan bagi menguji keberanian dan intelektual setiap tetamu yang dijemput bagi episod tersebut.
Program 13 episod ini turut diiringi busker Acousteen.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DSV Boleh Tunaikan Tuntutan Aishah Dengan Tiga Syarat

Ini Cara Untuk Dapatkan Set Barangan Eksklusif THE STOLEN PRINCESS