in , ,

Impian Ajoi Zainal Untuk Ke Pentas Final Big Stage 2022 Musnah

Harapan penyanyi Ajoi Zainal untuk mara ke peringkat akhir Big Stage 2022 tidak kesampaianan apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu ketujuh program realiti tersebut.

Dalam minggu separuh akhir, Ajoi telah menyanyikan dua buah lagu Setelah Kau Tiada nyanyian asal Cakra Khan dan pusingan battle bersama Tegar menyanyikan lagu Fotograf berjudul Di Alam Fana Cinta.

Dalam perkembangan lain, Daniel Chuer tampil cemerlang dengan perolehan markah tertinggi sebanyak 93.00%.

1. Daniel Chuer – 93.00%
2. Aisha Retno – 87.80%
3. Yazmin Aziz – 79.30%
4. Elica Paujin – 77.40%
5. Ajoi – 76.10%
6.Tegar Septian – 65.10%

Pada minggu hadapan, juara musim ini akan diumumkan sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. 

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. 

Untuk pemenang tempat keempat, kelima mana masing-masing bakal membawa pulang RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lazada Trending Hiasan | 17

Starbucks Announces Regional Partnership with Grab 

Samsung | 18

A New Way to Journal with the Samsung Galaxy Tab S8