in , ,

Impak Bersyair di AJL, Sufian Suhaimi Rakam Lagu Irama Etnik

Sufian Suhaimi yang mencetuskan fenomena ketika mendendangkan single ‘berhantu’, Di Matamu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, mungkin menyambung syair yang dilagukan pada permulaan persembahan, menjadi karya baharu.

Pantas menarik perhatian, syair atau puisi berlagu yang didendangkan memberi ilham kepada Sufian untuk menghasilkan lagu berentak tradisional yang menjadi kesinambungan kepada syair sepanjang 45 saat itu.

“Sepatutnya, syair dalam lagu Di Matamu itu menjadi penutup persembahan. Namun, disebabkan kekangan masa, perancangan itu tidak dapat dilaksanakan.

“Jadi kami memilih menampilkan kelainan dengan menyelitkan bait syair pada permulaan aksi,”

– Sufian Suhaimi
Sufian Suhaimi

Bagai menyambung apa yang ditinggalkan, Sufian kemudian memuat naik syair itu dalam media sosial dengan menggunakan tanda pagar #syairdimatamu.

“Saya juga membuka ruang kepada netizen bersyair dan menggunakan tanda pagar berkenaan,”

– Sufian Suhaimi

Bercerita lebih lanjut dengan lagu baharu yang mahu dicipta, Sufian berkata, konsep dan penceritaan single terbabit tidak sama.

Mengakui bukan mudah menghasilkan single baharu selepas kejayaan Di Matamu, Sufian sebaliknya percaya faktor kekuatan lagu sebagai formula berkesan.

“Di Matamu adalah sebuah lagu yang diletakkan pada kedudukan tinggi. Lagu itu ada kombinasi kekuatan melodi, lirik dan cerita di sebaliknya.

“Melangkah ke hadapan, saya mahu terus berpegang prinsip percaya kepada kekuatan lagu. Selebihnya, saya serah kepada peminat untuk menilai sama ada bagus atau sebaliknya,”

– – Sufian Suhaimi

Sufian mengesahkan dia akan tampil dengan single baharu, tidak lama lagi. Kali ini, dia menggunakan khidmat kreatif, Zayn Nakal sebagai salah seorang komposer dendangan itu.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gangster Wanita Lakonan Miera Liyana, Amy Mastura Dalam Siri KL Meroyan

Individu Dakwa Nampak Aliff Aziz, Octovia Manrose Berpegangan Tangan?