in , ,

Imej Rambut Hijau Hanya Bertahan 5 Hari, Hafiz Suip Botakkan Kepala

Baru-baru ini penampilan penyanyi Hafiz Suip menjadi perhatian apabila rambutnya dilihat berwarna hijau dalam promosi single terbaharunya berjudul Terus Bersinar.

Hafiz berkata keputusan memilih warna berkenaan dilakukan secara spontan tatkala membelek katalog fesyen sambil berbincang dengan pendandan rambutnya.

Menurutnya lagi, imej rambutnya itu diinspirasikan daripada satu daripada watak diminatinya, Roronoa Zoro serta mengakui mahukan perhatian.

Sebenarnya bukan hijau tetapi ‘turquoise’ (biru firus). Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya.

“Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu,”

– Hafiz Suip

Dalam pada itu, Hafiz berkata imej rambut hijaunya itu hanya bertahan lima hari sebelum ianya dibotakkan kerana sedar tindakannya itu memberi pengaruh kurang baik kepada anak sulungnya, Riyadh Zafri.

“Saya lihat tindakan itu juga mempengaruhi budak-budak terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata, ‘Bonda, saya pun nak rambut macam ayah.’ Beristighfar saya masa itu.

“Saya faham perkara itu salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi maafkan saya,” katanya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Instagram Kini Benarkan Pengguna Letak Lirik Lagu Pada Reels

Trailer & Poster Teaser Untuk Filem Kingdom of The Planet of The Apes