in , ,

Imej Acah Mengesahkan Peranti Vivo S1 Akan Dilancarkan Di Malaysia Kelak

Peranti Vivo S1 dilancarkan pada Mac lalu di China sebagai alternatif lebih mampu milik kepada Vivo V15. Kedua-dua peranti dilengkapi pemproses MediaTek Helio P70 dan sistem trikamera utama.

Terkini imej acah di bawah telah dikongsi oleh pihak Vivo Malaysia yang mengesahkan kemasukan S1 ke pasaran tempatan kelak.

Dari siaran media yang kami terima, Vivo masih belum memutuskan untuk membawa masuk S1 atau S1 Pro. Mereka juga berkata perubahan spesifikasi mungkin akan dilakukan pada peranti berbanding yang dijual di China.

vivo

Sebelum ini Vivo S1 hadir dengan skrin 6.53″ LCD, dijana cip Helio P50, memori 6GB RAM, storan 128GB, kamera swafoto 24.8MP, kamera utama 12+8+5 MP dan bateri sebesar 3940 mAh. Kebiasaannya maklumat lengkap akan diketahui dua minggu selepas imej acah dikongsi ke media sosial. Kami akan melaporkan tarikh pelancaran rasmi sejurus selepas disahkan pihak Vivo.

Vivo Malaysia teases Malaysians today with a visual that comes with a “S” word on their official Facebook page hinting at the new S series smartphones coming to Malaysia.

Months since Vivo officially launched a new smartphone model in Malaysia, Vivo’s posting asks fans to #UnlockYourStyle with a fingerprint design that gives a clue that it is an In-Display Fingerprint smartphone.

Based on the S series smartphone which launched in China recently, the S series coming to Malaysia soon might be S1 or S1 Pro. However, due to Vivo’s diverse strategies for different markets, the Malaysian version might have different specifications compared with the one launched in China.

More information will be available on Vivo Malaysia’s website https://www.vivo.com/my and Facebook page https://www.facebook.com/VivoMalaysia.

Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Hangat TV3 Kini Dapat Ditonton Di iflix Dengan Percuma

Anak Genap 2 Tahun, Aliff Aziz Sanggup Berkorban Hidup Demi Ayden