in , ,

Ikon komedi Jack Black Kembali Pegang Watak Po Dalam Kung Fu Panda 4

Jack Black kembali lagi sebagai Po dalam filem terbaharu DreamWorks Animation, iaitu filem aksi-komedi Kung Fu Panda 4.

Selepas siri pengembaraan dalam tiga filem terdahulu menentang musuh yang tiada tandingannya, Po yang bergelar Dragon Warrior (lakonan suara Jack Black) kini ditakdirkan untuk berehat dan menjadi Spiritual Leader of the Valley of Peace.

Keadaan ini menimbulkan beberapa masalah. Pertamanya, terlalu sedikit yang Po tahu tentang spiritual leadership, dan kedua, dia perlu mencari dan melatih Dragon Warrior yang baharu sebelum dia boleh menyandang jawatan baharunya.

Ikon komedi Jack Black Kembali Pegang Watak Po Dalam Kung Fu Panda 4

Keadaan menjadi lebih teruk apabila muncul seorang ahli sihir yang jahat dan berkuasa, Chameleon (lakonan suara Viola Davis), yang hanyalah seekor cicak kecil namun boleh berubah bentuk menjadi apa jua makhluk, tidak kira besar atau kecil. Dan Chameleon mendambakan Staff of Wisdom milik Po, yang akan memberinya kuasa untuk memanggil semula semua penjahat utama yang Po telah kalahkan dan disingirkan ke alam roh.

Ikon komedi Jack Black Kembali Pegang Watak Po Dalam Kung Fu Panda 4

Jadi, Po akan dibantu oleh pencuri yang licik dan cerdik, Zhen (lakonan suara Awkwafina), seekor musang corsac yang menjengkelkan namun berkemahiran tinggi. Dalam usaha mereka untuk melindungi Valley of Peace daripada cengkaman Chameleon, pasangan duo akan bekerjasama, mewujudkan elemen komedi dan mendapati bahawa wira boleh ditemui dalam situasi yang paling tidak dijangka.

Ikon komedi Jack Black Kembali Pegang Watak Po Dalam Kung Fu Panda 4

Filem Kung Fu Panda 4 diarahkan oleh Mike Mitchell, menampilkan barisan pelakon suara seperti Jack Black, Awkwafina, Viola Davis, Dustin Hoffman, James Hong, Bryan Cranston, Ian McShane and Ke Huy Quan.

Filem Kung Fu Panda 4 akan ditayangkan di pawagam pada 4 Mac 2024. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rupanya Ini Sebab Lagu BUDI Tak Dapat Masuk Bertanding di SFMM 38

SHIHA ZIKIR

Shiha Zikir Buktikan Lagu Dilabel Sendu, KALAM Mampu Lolos Ke AJL38