in ,

IKHLAS Sasar Kumpul RM1 Juta Untuk Komuniti Terjejas Dalam Tempoh PKPD

IKHLAS, cabang perniagaan mesra muslim airasia Digital sasar untuk mengumpul RM1 juta melalui inisiatif derma awam baharunya.

Inisiatif Bantuan Kecemasan PKPD IKHLAS ini bertujuan untuk membantu komuniti yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor. 

Derma boleh dibuat di ikhlas.com/sadaqah atau melalui aplikasi IKHLAS. 100% dana yang dikumpulkan melalui inisiatif ini akan digunakan untuk kos logistik dan membeli barangan keperluan harian termasuk beras, roti, minyak masak, tepung, garam, gula dan telur serta makanan sedia dimakan bagi keluarga dan individu yang terjejas di kawasan PKPD. 

Ikhlas Emco Relief Fund_Bm

Untuk membantu peniaga kecil, IKHLAS berhasrat untuk membeli barangan keperluan tersebut dari peniaga tempatan serta bekerjasama dengan rakan penghantar tempatan untuk menghantar dan mengagihkan bantuan. Segala penghantaran akan dibuat dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia.  

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Pada masa-masa mencabar ini, kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan kerana ramai keluarga dan individu menghadapi kesulitan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan. Apabila kami mendengar tentang PKPD yang akan dilaksanakan, kami terus mengambil keputusan untuk melancarkan inisiatif ini dengan harapan untuk menyediakan bantuan segera kepada komuniti terjejas di Kuala Lumpur dan Selangor. Kami baru sahaja melancarkan inisiatif derma awam ini dua hari lepas dan setakat ini kami telah berjaya mengumpul lebih daripada RM500,000 melalui perkhidmatan Sedekah bagi inisiatif ini. Kami juga berharap untuk mencapai matlamat kami sebanyak RM1 juta untuk membantu lebih 10,000 buah keluarga dan 7,000 orang individu, selain terus membantu peniaga tempatan dan rakan penghantar. Marilah kita terus meringankan beban satu sama lain dan mengharungi cabaran ini bersama-sama.”   

Sejak ditubuhkan pada tahun lalu, perkhidmatan sedekah IKHLAS telah mengumpul lebih RM2.5 juta dana yang telah membantu lebih 25,000 buah keluarga. Inisiatif derma awam dalam talian ini juga telah membantu pelbagai komuniti melalui kempen bantuan khas seperti IKHLAS untuk Sabah, IKHLAS untuk Palestin dan bantuan yang dijalankan pada setiap minggu di seluruh negara. 

Untuk kemudahan, mereka yang terjejas di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor boleh menghubungi IKHLAS melalui pautan di sini untuk memohon barangan keperluan atau makanan sedia dimakan dan mereka akan dihubungi oleh pihak IKHLAS untuk langkah selanjutnya.   

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau laman sosial di Instagram @ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tmj Tengku Mahkota Johor | 23

“Setakat Mengurung Rakyat Dah Tak Releven,” – TMJ Titah Kaji Semula SOP

Siti Nurhaliza | 24

Cara Memohon Bantuan Prihatin 2021 Anjuran Yayasan Nurjiwa & Keluarga CTDK Holdings Sdn.Bhd